Saturday, August 20, 2011
Program Kunjungan Kebajikan Sempena Ramadhan
PROGRAM KUNJUNGAN KEBAJIKAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
BUKIT TUNGGAL : 7 Ogos 2011- Satu program sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan iaitu dikenali sebagai Program Kunjungan Kebajikan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal telah berlangsung dengan jayanya.
Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi bt Abd Aziz telah hadir ke program tersebut. Beliau dan isteri serta kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal telah melawat warga emas yang terlantar sakit dan menghidap penyakit kronik.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri DUN Bukit Tunggal yang sama-sama mengunjungi beberapa orang warga emas yang sakit.
Dalam kunjungan kebajikan tesebut, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal telah memberikan bantuan hamper dan sumbangan kepada warga emas tersebut. Antara kunjungan beliau ke rumah warga emas ialah sekitar Kampung Tuan Mandak, Batu Enam, Bukit Kandis, Seberang Tuan Chik dan beberapa lagi kampung sekitar dalam DUN Bukit Tunggal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment