BANGGOL PAUH : 17 Ogos 2011 -Majlis berbuka puasa anjuran jawatankuasa Masjid Banggol Pauh dengan kerjasama
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal telah diadakan bertempat di Masjid Banggol Pauh.
Antara tetamu yang hadir ialah Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik dan isteri iaitu Puan Hajah Salbi bt Abd Aziz serta Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal iaitu En Hasnuddin bin Hashim serta jawatankuasa-jawatankuasa Masjid Banggol Pauh. Turut hadir ialah Pergerakan Pemuda DUN Bukit Tunggal.
Majlis tersebut dimulai dengan bacaan tahlil oleh jemputan yang hadir. Majlis tersebut mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk sekitar Kampung Banggol Pauh.
No comments:
Post a Comment