PULAU DUYONG : 5 Ogos 2011- Satu program yang dikenali dengan nama Cakna Warga Emas anjuran JKKK Duyong Sekolah telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg Tuan Haji Ismail bin Nik , iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal sambil diiringi oleh Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal iaitu En Hasnudin bin Hashim.
Majlis tersebut telah bermula kira-kira jam 3.00 petang iaitu selepas Solat Jumaat. Pengerusi JKKK Duyong Sekolah iaitu En Salim bin Yunus dan jawatankuasa-jawatankuasanya turut serta menjayakan program itu.
Seramai 20 orang warga emas yang terlantar sakit dan menghidap penyakit kronik telah menerima sumbangan bantuan hamper. Seorang warga emas iaitu Pn T’eh bt Mat antara warga emas yang paling lanjut usia iaitu berumur 90 tahun juga antara penerima bantuan sempena lawatan Cakna Rakyat. Penerima-penerima lain ialah En Wan Abdullah bin Chik, Jarah bt Osman, Long bin Ibrahim, Abdullah bin Ismail, Che T’eh bt Ali, Ismail bin Jusoh, Abdul Rahman bin Taib, Hindun bt Awang, Gayah bt Abu Bakar, Hasanah bt Mohd, Wan Abdullah bin Wan Ngah, Redzali bin Awang, Abdullah bin Muda, Asmah bt Mohd, Jara bt Osman, Wan Embat bt Abdullah, Hapiah bt Mat Zain, Dara bt Omar dan Abd Rahman bin Omar.
No comments:
Post a Comment