30 / 07/ 2011 (28 Syaaban 1432)
Sabtu
Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu
MAJLIS KELUARGA MITHALI “1 KELUARGA 1 KEGEMILANGAN”
DUN BUKIT TUNGGAL 2011
Satu majlis penyampaian anugerah telah di adakan di Dewan Berlian, Hotel Permai Inn yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
Ucapan aluan dari Encik Shaifuddin bin Mustafa, Pengarah YPK mengucapkan jutaan terima kasih kepada DUN Bukit Tunggal kerana berjaya mengaturkan program seperti ini. Program ini iaitu Anugerah Ibu Mithali dilakukan setiap tahun dan setiap DUN dalam Terengganu dan menyatakan bahawa pada peringkat kebangsaan hanya dilakukan 2 tahun sekali. Rakyat Terengganu sangat bertuah di atas kecaknaan YAB Menteri Besar terhadap rakyatnya.
Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal mengucapkan syukur kerana dapat berkumpul selagi lagi pada tahun ini dalam Program Anugerah Keluarga Mithali. Pemilihan ini berdasarkan laporan yang diterima dan tidak berlaku sifat pilih kasih.
Dalam ucapan beliau mengatakan bahawa UMNO adalah salah satu parti politik yang membela Melayu. 67% rakyat Terengganu terdiri dari golongan melayu dan 20 % bangsa cina dan selebihnya golongan India. Beliau menyarankan anak muda yang berumur 21 tahun ke atas agar daftar pengundi demi menjaga keamanan negara dan keselamatan agama. Pada PRU 13 nanti akan menetukan masa depan kita.
Dalam majlis ini, Anugerah ini disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan disaksikan oleh Encik Sharifuddin bin Mustafa, Pengarah YPK Terengganu. Pemenang Keluarga Terbilang dimenangi oleh keluarga Che Ayob bin Che Ngah, Anugerah Ibu Tunggal Terbilang ialah Puan Norashimah binti Ngah dan Anugerah Bapa Tunggal dimenangi oleh Encik Abd Razak bin Che Ghani yang mana masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM1000.00 dan sijil penghargaan. Manakala Anugerah Keluarga dan Ibu Tunggal Gemilang mendapat RM 700.00 dan sijil penghargaan.dan Anugerah Keluarga dan Ibu Tunggal Cemerlang mendapat wang tunai sebanyak RM 500.00 beserta sijil penghargaan.
No comments:
Post a Comment