Saturday, August 20, 2011
Majlis Penyampaian Bantuan Zakat 2011
26 / 07/ 2011 (24 Syaaban 1432)
Selasa
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal
MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN ZAKAT MAIDAM 2011
Program ini telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Bukit Tunggal dengan jumlah penerima keseluruhan DUN adalah seramai 1248 orang. Turut hadir dalam majlis ini Encik Rahimi, Pegawai MAIDAM Daerah Kuala Terengganu, To’ Puan’ Hajah Sabariah binti Dato’ Mohamad Yusof, Pengerusi Penyelaras Wanita DUN dan Puan Hajah Salbi bin Abd Aziz, isteri Pegawai Pembangunan DUN. Majlis ini selamat disempurnakan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.
Dalam ucapan aluan Pegawai MAIDAM, menerangkan perbezaan wang agihan zakat dan dana hari raya. Penerima bantuan zakat adalah terdiri atau diterima oleh golongan yang daif dan berhak sahaja. Setiap tahun pihak MAIDAM membuat program agihan zakat kepada fakir miskin yang betul-betul layak. Dalam ucapan Pegawai Pembangunan DUN menyatakan bahawa banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan akan tetapi kebanyakkan rakyat tidak menyedari kemudahan yang telah diberikan. Perbezaan kepimpinan kerajan PAS dengan Barisan Nasional amat ketara. Kerajaan PAS telah menghalau kanak-kanak tabika tanpa belas kasihan. PAS bersekongkol dengan DAP untuk menghidupkan komunis. Sebagai umat Islam, perlu pandai memilih kepimpinan agar negara kita aman dan harmoni.
PPD telah mengakhiri ucapan dengan mengharapkan memberi sokongan terhadap PRU13 nanti. Semoga dengan byaran zakat tersebut mendapat keberkatan dari Allah Ta’ala jua dan semoga Allah memberkati kehidupan kita sehari-hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment