TIME

Anda Pelawat Ke

Wednesday, March 24, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT BERTEMAKAN KEBAJIKAN





















Senaman 1 Malaysia
Senaman 1 Malaysia bermula pada 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal.



Pameran Jabatan
Pameran ini disertai oleh jabatan-jabatan terlibat, di antaranya ialah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),Pejabat Daerah Dan Tanah, AADK Daerah Kuala Terengganu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), MAIDAM, PERMINT, Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), ECER, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR),Kelab Wau Kuala Nerus, A & W, Refleksi OKU, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Kuala Nerus, RTM dan lain-lain.

Program Mekar Ibu Tunggal
Program Mekar Ibu Tunggal diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan dijangka program ini akan disertai seramai 200 orang peserta dan mereka semuanya terdiri di kalangan ibu tunggal. Program ini bermula jam 9.30 pagi dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa MEKAR, To’ Puan Hajah Sabariah bt Dato’ Muhammad Yusof, ucapan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail bin Nik dan ucapan Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Hj Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Manakala pihak Yayasan Pembangunan Keluarga akan mengadakan slotnya untuk disampaikan kepada para peserta.


Bantuan Pakaian Sekolah
Seramai 1,203 orang pemohon yang terlibat dalam Bantuan Pakaian Sekolah dan majlis tersebut diadakan pada hari pertama program yang berupa penyerahan baucer kepada semua pengerusi JKKK Dun Bukit Tunggal manakala baucer tersebut akan ditunaikan pada hari kedua majlis tersebut hanya untuk DUN Bukit Tunggal sahaja.




Persembahan Kebudayaan
Pengisian program ini diadakan pada sebelah malam yang melibatkan pementasan kebudayaan seperti nasyid, marhaban, bacaan puisi, sajak, syair dan lain-lain.




Larian Amal

Bermula pada pukul 7.30 pagi, dari sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, melalui Kampung Gong Sentol, Kampung Serdang, Kampung Seberang Tuan Chik dan Kampung Bukit Kandis.


Pertunjukan Silat
Pertunjukan Pencak Silat diadakan pada majlis perasmian dan majlis penutup. Mereka terdiri di kalangan remaja yang dilatih secara berkumpulan untuk pertunjukan ini.



Kunjungan Cakna Rakyat
Program ini diadakan pada hari kedua, di mana beberapa orang penduduk di sekitar DUN ini yang terdiri dalam kalangan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik akan menerima kunjugan dari pemimpin-pemimpin yang berkaitan.


Gotong-Royong Setiap DUN
Program ini akan diadakan pada sebelah pagi hari pertama di semua cawangan setiap DUN, iaitu DUN Bukit Tunggal, DUN Seberang Takir, DUN Tepoh dan DUN Teluk Pasu.

Pameran dan Pertunjukan Wau
Pameran dan pertunjukan wau akan dikendalikan oleh Kelab Wau Kuala Nerus.

Penyampaian Bantuan Kebajikan (JKM)
Seramai 200 orang penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan majlis ini diadakan pada hari kedua program ini.

No comments: