TIME

Anda Pelawat Ke

Sunday, March 21, 2010

Majlis Gotong Royong Perdana Memasak Bubur Asyura Parlimen Kuala Nerus












Bukit Tunggal - 16 Jan : Satu program gotong-royong memasak bubur asyura sempena sambutan Maal Hijrah 1431 di padang bola sepak Kampung Bukit Tumbuh telah berlangsung.

Program ini adalah anjuran Yayasan Islam Terengganu dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga Kuala Nerus dan Parlimen Kuala Nerus dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal.

Antara tetamu kehormat yang hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B Dato’ Ahmad Bin Said dan isteri To’Puan Norliza Bt Mohd, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan isteri To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof, ADUN Tepoh,YB Ustaz Ramli Bin Noh. Turut hadir memeriahkan majlis ialah PPD DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik Dan isteri, Puan Hajah Salbi Bt Abd Aziz.

Orang ramai telah membanjiri tapak majlis dari jam 7.30 pagi lagi. Sebanyak 30 agensi yang bertanding dalam program tersebut iaitu JKKK dalam Dun Bukit Tunggal dan KRT Parlimen Kuala Nerus. Majlis bertambah meriah apabila Menteri Besar, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan PPD DUN Bukit Tunggal turut sama mengacau bubur asyura. Pada majlis yang sama, ketiga-tiga tetamu
kehormat tersebut juga beramah mesra di setiap kanopi peserta-peserta yang bertanding.

Antara juri-juri yang mengadili pertandingan memasak bubur asyura ialah Chef Andri Bin Abas ( Hotel Primula Park Inn), Chef Marini Bt Abd Ghani ( Hotel Felda Residence) dan juga Pegawai Kesihatan Makanan Terengganu iaitu Puan Suhanim Bt Mat Zaidi. Setiap kumpulan yang bertanding telah mempamerkan kreativiti hiasan bubur asyura dan mengikut citarasa dan kebolehan masing-masing.

Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) telah mengungguli pertandingan tersebut apabila menjadi johan dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.00.

Tempat kedua dimenangi oleh JKKK Pengkalan Arang wang tunai berjumlah RM 400.00.

Manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh KRT Taman Perumahan Bukit Tunggal. Mereka berjaya membawa wang tunai sebanyak RM 300.00.

Bagi setiap kumpulan yang tidak berjaya, mereka juga turut menerima wang saguhati bernilai RM 100.00.

Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan setiap kumpulan yang bertanding telah memberi kerjasama berpasukan dan semangat toleransi masing-masing.

No comments: