15 Jan 2010 : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal telah mengadakan majlis Penyerahan Bantuan Am kepada penduduk yang berpendapatan rendah di sekitar DUN ini.
Majlis tersebut diadakan pada petang Juma’at bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 5.00 petang.
Seramai dua puluh satu orang penerima bantuan tersebut. Di antara barangan yang dihulurkan itu ialah mesin rumput seramai enam penerima, mesin uli tepung dua orang penerima, mesin pembakar kuih seorang penerima, mesin jet hammer seorang penerima, mesin drill simen seorang penerima, mesin air tebu tiga orang penerima, mesin pam air seorang penerima, basikal tiga penerima, mesin air tebu seorang penerima dan kerusi plastik masing-masing diterima oleh Pengerusi JKKK Pengkalan Arang dan Bukit Datu sebanyak lima puluh unit.
Tujuan bantuan ini dihulurkan di antara lain adalah untuk meringankan beban tanggungan oleh para penerima di samping dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka.
Bantuan-bantuan tersebut disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus bersama Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah To’ Puan Hajjah Sabariah bin Dato’ Yusof, isteri YB Ahli Parlimen, Hajjah Salbi bt Abdul Aziz, isteri Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, pengerusi JKKK dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment