TIME

Anda Pelawat Ke

Wednesday, March 24, 2010

PERASMIAN KEM BAKTI REMAJA SESI PERTAMA












22 Mac - Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal bertempat di Kem Tropikal Sekayu pada jam 5 petang.
Seramai 44 peserta yang hadir menyertai kem ini.
Dalam ucapan, beliau menekankan matlamat kursus, menyatakan sejarah melayu, tanggungjawab kita pada agama, bangsa dan negara, menekankan perpaduan dan jangan berpecah belang sesama kita.
Beliau berharap agar Pemuda dan puteri dapat memahami semangat cintakan bangsa dan menyarankan penglibatan Pemuda dan puteri dalam Program Kemasyarakatan.
Penutup majlis, Beliau amat mengalukan kedatangan pemuda ke Pusat Khidmat Masyarakat bagi menyelesaikan masalah di setiap cawangan.

PROGRAM JUARA RAKYAT BERTEMAKAN KEBAJIKAN





















Senaman 1 Malaysia
Senaman 1 Malaysia bermula pada 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal.



Pameran Jabatan
Pameran ini disertai oleh jabatan-jabatan terlibat, di antaranya ialah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),Pejabat Daerah Dan Tanah, AADK Daerah Kuala Terengganu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), MAIDAM, PERMINT, Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), ECER, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR),Kelab Wau Kuala Nerus, A & W, Refleksi OKU, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Kuala Nerus, RTM dan lain-lain.

Program Mekar Ibu Tunggal
Program Mekar Ibu Tunggal diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan dijangka program ini akan disertai seramai 200 orang peserta dan mereka semuanya terdiri di kalangan ibu tunggal. Program ini bermula jam 9.30 pagi dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa MEKAR, To’ Puan Hajah Sabariah bt Dato’ Muhammad Yusof, ucapan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail bin Nik dan ucapan Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Hj Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Manakala pihak Yayasan Pembangunan Keluarga akan mengadakan slotnya untuk disampaikan kepada para peserta.


Bantuan Pakaian Sekolah
Seramai 1,203 orang pemohon yang terlibat dalam Bantuan Pakaian Sekolah dan majlis tersebut diadakan pada hari pertama program yang berupa penyerahan baucer kepada semua pengerusi JKKK Dun Bukit Tunggal manakala baucer tersebut akan ditunaikan pada hari kedua majlis tersebut hanya untuk DUN Bukit Tunggal sahaja.




Persembahan Kebudayaan
Pengisian program ini diadakan pada sebelah malam yang melibatkan pementasan kebudayaan seperti nasyid, marhaban, bacaan puisi, sajak, syair dan lain-lain.




Larian Amal

Bermula pada pukul 7.30 pagi, dari sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, melalui Kampung Gong Sentol, Kampung Serdang, Kampung Seberang Tuan Chik dan Kampung Bukit Kandis.


Pertunjukan Silat
Pertunjukan Pencak Silat diadakan pada majlis perasmian dan majlis penutup. Mereka terdiri di kalangan remaja yang dilatih secara berkumpulan untuk pertunjukan ini.



Kunjungan Cakna Rakyat
Program ini diadakan pada hari kedua, di mana beberapa orang penduduk di sekitar DUN ini yang terdiri dalam kalangan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik akan menerima kunjugan dari pemimpin-pemimpin yang berkaitan.


Gotong-Royong Setiap DUN
Program ini akan diadakan pada sebelah pagi hari pertama di semua cawangan setiap DUN, iaitu DUN Bukit Tunggal, DUN Seberang Takir, DUN Tepoh dan DUN Teluk Pasu.

Pameran dan Pertunjukan Wau
Pameran dan pertunjukan wau akan dikendalikan oleh Kelab Wau Kuala Nerus.

Penyampaian Bantuan Kebajikan (JKM)
Seramai 200 orang penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan majlis ini diadakan pada hari kedua program ini.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH














































03 Mac -

Monday, March 22, 2010

MAJLIS PENUTUP OLAHRAGA SEK KEB BUKIT TUMBUH

JAM : 2.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG


23 Feb - Ucapan Pegawai Pembangunan DUN menyatakan bahawa PM menyarankan bahawa Pengarah Pelajaran perlu menjalankan aktiviti sukan bermula dari sekolah lagi. Walaubagaimana pun pelajaran murid-murid jangan diabaikan.

PPD mencadangkan sekolah rendah dalam DUN Bukit Tunggal mengadakan pertandingan sukan antara sekolah-sekolah dan memohon pihak sekolah mencadangkan kepada pihak Pelajaran Daerah.


Cadangan ini akan menjadi suatu realiti untuk mengeratkan silaturahim antara sekolah-sekolah.

Majlis ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal pada jam 6.00 petang.

Kategori yang disampaikan oleh PPD adalah :

i- Perbarisan terbaik – Rumah Hijau
ii- Perhiasan rumah terbaik – Rumah Kuning
iii- Rumah Naib Johan – Rumah Biru
iv- Rumah Johan – Rumah Merah

PERJUMPAAN PELAJAR UPSR DEKAT DIHATI

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL
JAM : 8.00 PAGI


23 Feb 2010 -


Ucapan PPD

- PPD mengharapkan semua pelajar darjah 6 SKBT iaitu 193 pelajar mendapat 5 A dengan syarat kurangkan bermain dan perlu memulakan displin diri dari sekarang.
- PPD juga berjanji kepada pelajar jika mendapat 5A, hadiah berupa wang akan ditambah mengikut A, 1A ditambah RM10.00.
- Maka pada tahun 2010 hadiah 5A sebanyak RM150.00 setiap pelajar.
Sempena program ini, pihak sekolah telah menjemput Y. Bhg. Haji Ismail bin Nik untuk menyerahkan buku kerja kepada wakil-wakil kelas pelajar darjah 6 iaitu :-

1) 6 Fatonah
2) 6 Efektif
3) 6 Dinamik
4) 6 Cemerlang
5) 6 Bestari
6) 6 Farhanah

BOLASEPAK PANTAI TERTUTUP PULAU DUYUNG

6 Feb 2010 – Program Bolasepak Pantai Tertutup Pulau Duyong dianjurkan oleh Jet Ski International Challenger berjaya menarik minat penyertaan 5 pasukan yang terdiri daripada pasukan Duyong Sekolah, Duyong Kecil Wan Su, Pulau Ketam, Pulau Ketam Hujung dan Kelab Aya Duyong. Perlawanan ini berlangsung di Padang Duyung Kecil Wan Su.

Perlawanan ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 petang. Hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM 200 (Johan) yang diduduki oleh pasukan Duyong Sekolah, RM 150 (Naib Johan) pasukan Duyong Wan Su, RM 100 (Ketiga) pasukan Pulau Ketam Hujung dan RM 70 (Keempat) pasukan Pulau Ketam.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Kehadiran dianggarkan 70 orang termasuk pemain.

PROGRAM KEIBUBAPAAN MURID UPSR 2010











2 Feb 2010 – Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ahmad Rahman iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia bertempat di Dewan Sek Keb Bukit Tunggal. Turut hadir Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal merangkap Pengerusi PIBG SKBT iaitu Y. Bhg. Haji Ismail bin Nik.


Ucapan Y. Bhg. Tuan Haji Ismail bin Nik
· Peranan ibu bapa merupakan aspek utama membentuk pembelajaran anak-anak untuk mencapai kecemerlangan.
· Program ini merupakan program pertemuan murni ibubapa dengan guru-guru tahun enam bagi memberi kesedaran awal untuk meningkatkan target kecemerlangan pelajar UPSR tahun 2010.
· Menyumbangkan ke sekolah sebanyak RM 4,000.00 untuk program-program kecemerlangan pelajar UPSR.



Ucapan YB Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman

· Sosial budak-budak sekolah kini semakin menjadi-jadi kerana kurang pengawasan dari ibubapa.
· Peranan ibubapa dan guru perlu dipertingkatkan agar perkara gejala sosial ini tidak berlaku secara berleluasa.
· Sumbangan YB ADUN Seberang Takir merangkap EXCO Pendidikan telah menyumbangkan ke sekolah sebanyak RM 3,000.00 untuk kecemerlangan pelajar UPSR agar Terengganu kekal nombor 1 bilangan pelajar cemerlang UPSR.

Anggaran kehadiran ibubapa seramai 200 orang dan program ini berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Sunday, March 21, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSR 2009














BUKIT TUNGGAL - 23 Jan 2010: Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat dan juga Majlis Kesyukuran serta Perasmian Surau Al Munawarah telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh

Di antara sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh dan Sekolah Kebangsaan Duyong. Seramai enam puluh tiga orang guru yang menerima anugerah kecemerlangan dari pejabat DUN, lapan belas guru dari Sekolah Kebangsaan Duyong, tiga puluh guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan lima belas guru dari sekolah Bukit Tumbuh.

Manakala anugerah kecemerlangan UPSR, di antara mereka yang terlibat ialah seramai lima puluh dua orang, sepuluh orang dari Sekolah Kebangsaan Duyong, tujuh belas orang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan dua puluh lima orang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh.

Anugerah tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal, Timbalan Pegarah Pelajar Negeri, Pengerusi PIBG, guru besar sekolah-sekolah yang berkaitan, pengerusi JKKK dan para ibubapa.

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Majlis Gotong Royong Perdana Memasak Bubur Asyura Parlimen Kuala Nerus












Bukit Tunggal - 16 Jan : Satu program gotong-royong memasak bubur asyura sempena sambutan Maal Hijrah 1431 di padang bola sepak Kampung Bukit Tumbuh telah berlangsung.

Program ini adalah anjuran Yayasan Islam Terengganu dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga Kuala Nerus dan Parlimen Kuala Nerus dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal.

Antara tetamu kehormat yang hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B Dato’ Ahmad Bin Said dan isteri To’Puan Norliza Bt Mohd, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan isteri To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof, ADUN Tepoh,YB Ustaz Ramli Bin Noh. Turut hadir memeriahkan majlis ialah PPD DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik Dan isteri, Puan Hajah Salbi Bt Abd Aziz.

Orang ramai telah membanjiri tapak majlis dari jam 7.30 pagi lagi. Sebanyak 30 agensi yang bertanding dalam program tersebut iaitu JKKK dalam Dun Bukit Tunggal dan KRT Parlimen Kuala Nerus. Majlis bertambah meriah apabila Menteri Besar, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan PPD DUN Bukit Tunggal turut sama mengacau bubur asyura. Pada majlis yang sama, ketiga-tiga tetamu
kehormat tersebut juga beramah mesra di setiap kanopi peserta-peserta yang bertanding.

Antara juri-juri yang mengadili pertandingan memasak bubur asyura ialah Chef Andri Bin Abas ( Hotel Primula Park Inn), Chef Marini Bt Abd Ghani ( Hotel Felda Residence) dan juga Pegawai Kesihatan Makanan Terengganu iaitu Puan Suhanim Bt Mat Zaidi. Setiap kumpulan yang bertanding telah mempamerkan kreativiti hiasan bubur asyura dan mengikut citarasa dan kebolehan masing-masing.

Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) telah mengungguli pertandingan tersebut apabila menjadi johan dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.00.

Tempat kedua dimenangi oleh JKKK Pengkalan Arang wang tunai berjumlah RM 400.00.

Manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh KRT Taman Perumahan Bukit Tunggal. Mereka berjaya membawa wang tunai sebanyak RM 300.00.

Bagi setiap kumpulan yang tidak berjaya, mereka juga turut menerima wang saguhati bernilai RM 100.00.

Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan setiap kumpulan yang bertanding telah memberi kerjasama berpasukan dan semangat toleransi masing-masing.

Saturday, March 20, 2010

Majlis Penyampaian Bantuan Am 2009

15 Jan 2010 : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal telah mengadakan majlis Penyerahan Bantuan Am kepada penduduk yang berpendapatan rendah di sekitar DUN ini.

Majlis tersebut diadakan pada petang Juma’at bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 5.00 petang.

Seramai dua puluh satu orang penerima bantuan tersebut. Di antara barangan yang dihulurkan itu ialah mesin rumput seramai enam penerima, mesin uli tepung dua orang penerima, mesin pembakar kuih seorang penerima, mesin jet hammer seorang penerima, mesin drill simen seorang penerima, mesin air tebu tiga orang penerima, mesin pam air seorang penerima, basikal tiga penerima, mesin air tebu seorang penerima dan kerusi plastik masing-masing diterima oleh Pengerusi JKKK Pengkalan Arang dan Bukit Datu sebanyak lima puluh unit.

Tujuan bantuan ini dihulurkan di antara lain adalah untuk meringankan beban tanggungan oleh para penerima di samping dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka.

Bantuan-bantuan tersebut disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus bersama Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah To’ Puan Hajjah Sabariah bin Dato’ Yusof, isteri YB Ahli Parlimen, Hajjah Salbi bt Abdul Aziz, isteri Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, pengerusi JKKK dan lain-lain lagi.