KUALA NERUS: 11 Julai 2010: Perasmian gelanggang futsal di Kampung Pengkalan Arang telah disempurnakan oleh YB Dato Hj Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri pada jam 10.00 malam. Padang futsal yang dibina dengan kos hampir RM100,000.00 ribu bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk mengisi masa kosong dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dalam ucapan perasmian tersebut, YB Dato’ Nasir telah menasihatkan agar padang futsai ini digunakan untuk perkara-perkara yang boleh memberi manfaat di samping dapat mengeratkan hubungan di kalangan penduduk kampung terutama di kalangan pemuda. Dengan adanya padang futsal ini, diharap pengisian para remaja dan pemuda dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan perkara ini secara tidak langsung dapat membendung budaya lepak dan seumpamanya.
Sementara itu, sempena perasmian ini juga pihak penganjur telah menganjurkan pertandingan futsal dan seramai dua puluh pasukan telah berentap pada malam tersebut yang semua dari Peti Undi Pengkalan Arang. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Paya Lima Amas A.
Di antara mereka yang hadir pada malam tersebut ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangun DUN Bukit Tunggal, Pengerusi-Pengerusi JKKK Pengkalan Arang, Paya Lima Amas, Pak Katak, Serdang Baru, PAKR Bukit Tunggal serta Pengerusi-pengerusi Cawangan yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment