Bukit Tunggal - 12 Jun - Satu Majlis Mesra Rakyat bersempena perlawanan akhir Piala Dunia 2010 anjuran APMT bersama Penyelaras Pemuda DUN telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal.
Turut hadir, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.
Untuk majlis ini, satu skrin besar disediakan bagi memaparkan perlawanan akhir bola itu.
Ramai masyarakat golongan muda hadir menyaksikan beramai-ramai untuk memberi sokongan padu ke atas pasukan yang diminati.
Hadiah cabutan bertuah turut disertakan yang hadir dalam program ini.
No comments:
Post a Comment