29 JULAI - Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja bagi DUN Bukit Tunggal dan DUN Tepoh telah diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak.
Majlis dihadiri Y.A.B Dato' Seri Ahmad Said, Menteri Besar, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik dan ADUN Tepoh, Y.B Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh.
Majlis dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar pada jam 4 petang.
Pelbagai acara diadakan sepanjang perjalanan program ini antaranya pertunjukkan silat dan persembahan tarian tradisional.
Majlis Pembahagian Dana Bakti Remaja bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam. Pegawai APMT DUN Bukit Tunggal turut membantu dalam melicinkan tanggungjawab sebagai petugas di bahagian kaunter pendaftaran para penerima dana.