12 JUN - Majlis Penyerahan Wang Pengdahuluan Pembiayaan anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah diadakan di Pejabat Parlimen Kuala Nerus.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri mengucapkan tahniah kepada pelajar -pelajar yang terpilih untuk menerima wang pendahuluan. Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada ibubapa yang meluangkan sedikit masa untuk menghadiri bersama anak-anak mereka.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban ibubapa berkenaan kos pembelajaran ke institusi pengajian tinggi anak-anak mereka. Kehidupan pada hari ini sangat mudah kerana adanya bantuan kerajaan iaitu Biasiswa Terengganu, Biasiswa MARA dan Biasiswa 1 Malaysia khususnya untuk pelajar yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment