TIME

Anda Pelawat Ke

Tuesday, June 1, 2010

MAJLIS PENYERAHAN E BOOK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DUN BUKIT TUNGGAL

PULAU DUYONG – 01 JUN
Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Bin Said kerana sudi turun ke DUN Bukit Tunggal untuk menyampaikan sumbangan e-book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Negeri Terengganu telah menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain kerana terus unggul dengan pencapaian cemerlang oleh pelajar sekolah. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar kerana berjaya menjadikan Terengganu sebagai sebuah Negeri Anjung IImu.
Ucapan Menteri Besar
Keberangkatan tiba Menteri Besar Terengganu ke Pulau Duyong baru-baru ini sempena majlis penyampaian e book telah memberi kebanggaan kepada rakyat. Beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM25 Juta telah diperuntukkan untuk pendidikan negeri. Beliau juga turut mengingatkan rakyat agar sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Selain itu, beliau juga turut menasihati rakyat agar memperbetul pandangan negatif masyarakat tentang sistem pendidikan.
Penggunaan e book kepada pelajar sekolah telah memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak rugi melabur dalam sistem pendidikan. Beliau juga berpesan agar setiap pelajar memikul amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk menjaga e book. Pada masa yang sama, beliau akan turun ke setiap daerah untuk mengadakan roadshow e book bersama guru-guru. Sebanyak RM 2.34 Juta akan diberikan kepada guru-guru sebagai cenderahati kerana telah berjaya mendidik pelajar sehingga berjaya. Di samping itu, beliau juga berpesan agar para pelajar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan pada masa depan.
Majlis penyampaian e book telah disampaikan oleh YAB Dato’ Ahmad Bin Said dengan diiringi oleh Exco Pelajaran Negeri YB Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Tuan Haji Ariffin Bin Embong, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri serta Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik.











No comments: