TIME

Anda Pelawat Ke

Monday, July 18, 2011

KURSUS BAKTI REMAJA






id="BLOGGER_PHOTO_ID_5630901325147892306" />


14 / 07/ 2011 (12 Syaaban 1432)
Khamis
Akademik Kepimpinan GPMS Batu Rakit, Setiu

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI REMAJA DUN BUKIT TUNGGAL

Turut hadir :
- Haji Apli bin Yusof (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus)
- Puan Aida binti Azam (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus)
- En Hasnuddin bin Hashim (Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal)
- En Amir Amri bin Mohamad (Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda DUN Bukit Tunggal)
- Puan Ummi Kalthum binti Mustapha (Pengerusi Penyelaras Pergerakan Puteri DUN Bukit Tunggal)

Program Bakti Remaja ini telah dirasmikan oleh Y Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Kem ini merupakan kem sesi akhir yang terdiri daripada 416 peserta pemuda dan puteri.
Dalam ucapan PPD, sebagai pengundi perlu bijak menilai dan memilih yang terbaik demi menjaga agama, bangsa dan negara. Parti UMNO merupakan satu-satunya parti yang membela orang melayu sejak zaman nenek moyang lagi. Pemuda dan puteri harus sedar, keadaan selesa sekarang adalah hasil daripada pengorbanan kerajaan terhadap rakyat.
PPD mengharapkan agar peserta pemuda dan puteri menilai semula kepimpinan DUN Bukit Tunggal kerana pemimpin DUN Bukit Tunggal iaitu YB Pas tidak pernah menghulurkan apa-apa bantuan dan kecaknaan terhadap rakyat setempat. Kem seperti ini banyak memberi manfaat kepada peserta kerana banyak pendedahan sebenar parti pembangkang dan keadaan politik sekarang. Perasmian ini selesai disempurnakan pada jam 11.00 malam.

No comments: