Monday, July 18, 2011
MAJLIS BACA SURAH YASIN DAN TAHLIL
TUAN MANDAK- 20 Julai 2011 - Program Duduk Bersila siri ke sebelas iaitu Majlis Baca Surah Yasin anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu DUN Bukit Tunggal telah diadakan di Surau Haji Yaacob pada jam 2.30 petang.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Khatijah binti Awang. Dalam ucapan beliau menyeru semangat bangkit bangsa perlu diterapkan dalam diri anak-anak yang merupakan pemangkin generasi pada masa akan datang. Beliau juga menyarankan kepada wanita yang hadir sentiasa memberi suntikan semangat dan galakan kepada belia muda remaja menyertai program yang dianjurkan agar masa yang terluang terisi dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka. Beliau menyeru semua yang hadir mengamalkan sikap bersatu padu dan bekerjasama dalam mengekalkan kehidupan yang harmoni.
Program ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 90 orang masyarakat sekampung untuk sama-sama. Anggota APMT turut hadir ke majlis ini.
Majlis keagamaan sememangnya dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam. Program akan diteruskan di cawangan lain kerana sambutan amat menggalakkan.
MAJLIS PENYAMPAIAN CERMIN MATA
16 / 07/ 2011 (14 Syaaban 1432)
Sabtu
Balai Khairat Gong Kijang
Suatu majlis yang kecil tapi memuaskan kerana hasrat PPD menyampaikan maksud kepimpinan sebenar DUN Bukit Tunggal kepada orang kampung. Kehadiran penerima bantuan cermin mata pada tarikh tersebut adalah seramai 200 orang yang kebanyakan terdiri daripada warga emas dan pada hari tersebut PPD turut menyampaikan bantuan pakaian sekolah yang tercicir iaitu seramai 10 orang.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada kerajaan Barisan Nasional yang memberi peruntukan sebanyak 200 unit cermin mata kepada DUN Bukit Tunggal. Program ini diakhiri dengan jamuan ringan kepada penerima cermin mata yang hadir pada program tersebut
KURSUS BAKTI REMAJA
id="BLOGGER_PHOTO_ID_5630901325147892306" />
14 / 07/ 2011 (12 Syaaban 1432)
Khamis
Akademik Kepimpinan GPMS Batu Rakit, Setiu
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI REMAJA DUN BUKIT TUNGGAL
Turut hadir :
- Haji Apli bin Yusof (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus)
- Puan Aida binti Azam (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus)
- En Hasnuddin bin Hashim (Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal)
- En Amir Amri bin Mohamad (Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda DUN Bukit Tunggal)
- Puan Ummi Kalthum binti Mustapha (Pengerusi Penyelaras Pergerakan Puteri DUN Bukit Tunggal)
Program Bakti Remaja ini telah dirasmikan oleh Y Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Kem ini merupakan kem sesi akhir yang terdiri daripada 416 peserta pemuda dan puteri.
Dalam ucapan PPD, sebagai pengundi perlu bijak menilai dan memilih yang terbaik demi menjaga agama, bangsa dan negara. Parti UMNO merupakan satu-satunya parti yang membela orang melayu sejak zaman nenek moyang lagi. Pemuda dan puteri harus sedar, keadaan selesa sekarang adalah hasil daripada pengorbanan kerajaan terhadap rakyat.
PPD mengharapkan agar peserta pemuda dan puteri menilai semula kepimpinan DUN Bukit Tunggal kerana pemimpin DUN Bukit Tunggal iaitu YB Pas tidak pernah menghulurkan apa-apa bantuan dan kecaknaan terhadap rakyat setempat. Kem seperti ini banyak memberi manfaat kepada peserta kerana banyak pendedahan sebenar parti pembangkang dan keadaan politik sekarang. Perasmian ini selesai disempurnakan pada jam 11.00 malam.
MAJLIS CERAMAH ISRA' MIKRA'
Majlis Ceramah Isra’ Mikraj telah dihadiri oleh Y Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik (Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal), Encik Hasnuddin bin Hashim (Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal) bersama isteri dan penceramah yang diundang iaitu Ustaz Yusof bin Salleh.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada saudara pengerusi dan seterusnya, ucapan daripada penceramah iaitu Ustaz Yusof bin Salleh. Pertamanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Ismail bin Nik kerana sudi meluangkan masa dan semua yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau memberitahu satu surah iaitu Surah Al-Isra’ (ayat-1) di mana dalam surah tersebut telah menyatakan berlaku Isra’ Mikraj adalah diturunkan dalam kitab Al-Quran.
Selain itu, beliau juga menerangkan tentang bagaimana peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di mana peristiwa tersebut berlaku tanggal 27 Rejab. Isra’ merupakan perjalanan Rasulullah SAW dengan Malaikat Jibril daripada rumahnya ke Masjidilharam dan seterusnya ke Baitulmaqdis. Mikraj pula perjalanan Rasulullah S.A.W daripada Baitulmaqdis ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah S.W.T dan seterusnya turun semula ke Mekah. Akhir kata, beliau menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Isra’ Mikraj iaitu kita perlu menjaga percakapan kita yang telah dilontar kepada seseorang.
Seterusnya, Tuan Haji Ismail bin Nik iaitu PPD Dun Bukit Tunggal menyampaikan cenderahati kepada penceramah iaitu Ustaz Yusof bin Salleh sebagai tanda penghargaan. Majlis ini diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan para jemputan dijamu selera yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa Surau PAKR Bukit Tunggal.