BUKIT TUNGGAL - 12 Mac 2011- Seminar Keibubapaan yang diadakan bertempat di Sekolah Menengah Bukit Tunggal tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Pengerusi JKKK dalam DUN Bukit Tunggal.
Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri ,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berkata ramai ibubapa sekarang membuat kesilapan dalam mendidik anak dengan hanya menekankan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.
Pendidikan di sekolah hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik sahaja tetapi untuk mendidik memerlukan penjagaan dan komitmen daripada ibubapa.Pastikan setiap asuhan dan didikan yang diberikan kepada anak adalah betul. Peranan Ibubapa dalam membina modal insan cemerlang dengan meletakkan pendidikan sebagai teras penting. Ibubapa sebagai pewarna masa depan negara dengan mempersiapkan anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat.
Beliau juga turut mengesakan agar ibubapa memantau pengaulan anak-anak agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang meruncingkan sekarang ini.Menginsafkan peserta akan tanggungjawab mereka dalam mencipta kecemerlangan ilmu ke arah membina sebuah keluarga cemerlang di masa depan.Ibubapa juga harus memantau aktiviti anak kerana ibubapa adalah orang yang paling rapat dengan mereka.Kecaknaan yang kuat dari ibubapa memberi kecermelangan yang baik pada keluarga,seperti slogan kata anak-anak adalah permata hidup kita semua.
No comments:
Post a Comment