TIME

Anda Pelawat Ke

Saturday, March 26, 2011

PROGRAM DUDUK BERSILA APMT - MAJLIS BACA SURAH YAASIN

SEBERANG TUAN CHIK HAJI- 29 Mac 2011 - Program duduk bersila iaitu dengan membaca tahlil dan yasin anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah diadakan di rumah Puan Gayah binti Awang di Kampung Seberang Tuan Chik Haji pada jam 3 petang.

Majlis ini turut dihadiri oleh isteri kepada Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Puan Hajah Salbi binti Abdul Aziz yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal. Bacaan surah Yasin diketuai oleh Ustazah Zainab binti Mohd yang juga merupakan Penyelia Kemas dan turut hadir ke majlis adalah anggota APMT. Program ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 60 orang masyarakat sekampung.

Anak kepada Puan Gayah binti Awang, pesakit barah paru-paru meluahkan rasa terharu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan mengadakan majlis untuk ibunya yang sedang sakit.

Majlis keagamaan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam dan ia dapat memberi sokongan moral kepada pesakit agar tabah dalam menghadapi ujian. Program akan diteruskan di cawangan lain kerana sambutan sangat baik.

Monday, March 21, 2011

PERASMIAN BERKELOMPOK PERSIDANGAN AGUNG UMNO CAWANGAN



BUKIT TUNGGAL - 19 Mac 2011- Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan, Per.Wanita, Pemuda dan Puteri dalam DUN Bukit Tunggal telah diadakan di Dewan Al- Arif Sekolah Menengah Bukit Tunggal tepat jam 3 petang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal bersama isteri, Y.Bhg. To’ Puan Hajah Sabariah binti Dato’Hj.Muhammad Yusof Pengerusi Penyelaras wanita Umno DUn Bukit Tunggal,Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus,Ketua-Ketua Cawangan dan AJK,Ketua-ketua Wanita dan AJK, Ketua-ketua Pemuda dan AJK, Ketua-ketua Puteri dan AJK, Pengerusi-pengerusi JKKK dan AJK. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Majlis bermakna ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Y.Bhg. To’ Puan Hajah Sabariah binti Dato’Hj.Muhammad Yusof mewakili sayap UMNO ( Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri DUN ). Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kehadiran wanita yang ramai pada hari tersebut. Banyak program-program yang telah berjaya dilaksanakan dalam DUN Bukit Tunggal. Antara program wanita yang dianjurkan iaitu Majlis Bacaan Surah Yasin, Majlis Tadarus dan lawatan kerumah-rumah ahli-ahli wanita yang uzur. Manakala Pemuda dan puteri telah berjaya menganjurkan program seperti ekspedisi ,pertandingan futsal, bola jaring dan lain-lain. Pengerusi Penyelaras Wanita meluahkan rasa gembira dan terharu akan penglibatan wanita yang sangat menggalakkan dalam setiap program yang diajurkan oleh DUN.

Majlis seterusnya disusuli oleh ucapan dari Pegawai Pembangunan DUN. Dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa perasmian hari ini sebagai titik permulaan Mesyuarat Agong disetiap cawangan dan tiga cawangan penaja baru sudah boleh bermesyuarat iaitu Cawangan Duyung Wan Su, Cawangan Dusun / Banggol Limau dan Cawangan Perumahan Bukit Datu. DUN Bukit Tunggal sudah mempunyai 26 cawangan dan yang masih menunggu 2 cawangan lagi untuk menjadi penaja iaitu Cawangan Bukit Kandis dan Cawangan Taman Semarak. Beliau memaklumkan mesyuarat agong yang akan di adakan di cawangan pada kali ini adalah merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum menjelang Pilihan raya yang ke 13.

Beliau juga menasihatkan pada hadirin supaya menjauhi sikap memecahbelahkan antara satu sama lain. Hal ini kerana terdapat sikap manusia yang hipokrit hanya baik dihadapan tetapi dibelakang kita bersumpah seranah pula. Walaubagaimanapun, beliau mengakui keakuran bahawa tiada seorang manusia pun didunia ini yang sempurna melainkan Allah Taala.

Beliau menyeru semua yang hadir tingkatkan keazaman yang tinggi dan bekerja dengan semangat yang lebih kuat lagi demi mencapai matlamat merampas kembali kerusi DUN Bukit Tunggal dari tangan parti pembangkang. Beliau berkata soal calon tidak usah difikirkan kerana itu ditentukan oleh yang atasan yang diberi kuasa memilihnya. Beliau mengingatkan pokok utama kerja yang dibuat adalah untuk memastikan kemenangan besar di DUN Bukit Tunggal nanti walaupun hari ini ramai yang ingin menjadi calon dan beliau berharap semua yang hadir tidak mempersoalkan lagi siapa yang layak menjadi calon sebab sesiapa pun yang menjadi calon nanti perlu disokong sepenuhnya. "Marilah kita semua tingkatkan Azam Bulatkan Semangat semoga PRU 13 UMNO mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang di Parlimen Kuala Nerus nanti IsyaAllah." Inilah kata-kata semangat yang dilaungkan di akhir ucapan Pegawai Pembangunan DUN.

Dalam ucapan perasmian yang di sampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, beliau mengingatkan semua jentera pilihan raya agar sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan dengan semangat yang kuat dan kukuh ia tidak akan merubah apa-apa walaupun sehebat mana badai yang melanda.

“ Membujur lalu..melintang patah… bersatu kita teguh..bercerai kita roboh maka marilah kita sama-sama tanamkan keazaman untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi merampas balik kerusi DUN Bukit Tunggal dari tangan PAS.

Antara penerima-penerima Anugerah Jasa Mu Di Kenang :-

*Tuan Haji Yong bin Abdullah *Pn. Raja Timah bt Raja Abdullah

*En. Ngah bin Awang *Pn. Izam bin Led

*Tuan Haji Mohd bin Mohd Amin *Pn. Aminah bt Ali

*En. A Rahman bin Mohamad *Pn. Zabedah bt Long

*En. Ismail bin Mahamud *Pn. Lijah @ Puteh bt Ali

* Tuan Haji Salleh bin Omar * Pn. Sarifah bt Zainal

* Tuan Haji Lambak bin Ismail * Pn. Khatijah bt Hassan

* En. Abd. Rashid bin Sembok * Pn. Wook bt Said

* En. Mohamad bin Ismail * Pn. Kalsom bt Jusoh

* En. Jusoh bin Mohamed * Pn. Ngah bt Embong

* En. Abu Bakar bin Salleh * Pn. Kelsom bt Abd Aziz

* En. A Rahman bin Mohd * Pn. Fatimah bt Abdullah

* En. Anuar @ Mohd Aziz bin Mustafa * Pn. Hajah Mariam bt Yusof

* Tuan Haji Abdullah bin Salleh * Zainab @ Mariam bt Muda

* Tuan Haji Mohamad bin Abu Bakar * Pn. Hajah Fatimah @ Senanis bt Ngah

* En. Mat bin Daud * Pn. Embat bt Salleh

* En. Mansor @ Adam bin Ali * Pn. Hajah Satinah bt Ismail

* En. Embong bin Jusoh * Pn. Rafiah bt Talib

* En. Muhamad bin Mat Laner * Pn. Pisah bt Mohd Zain

* En. Wan Manan bin Wan Embong * Pn. Zainun bt Chik

* En. Che Wan Rashid bin Abu Bakar * Pn. Ganti bt Yusof

* En. Ali bin Ismail * Pn. Sunah bt Yusof

* Tuan Haji Ngah bin Abdullah * Pn. Hajah Maznah bt Yusoaf

MAJLIS RAMAH MESRA KRT DAN SRS BERSAMA MASYARAKAT




BUKIT TUNGGAL - 19 Mac 2011- Majlis Ramah mesra Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) dan Peronda Skim Rondaan Sukerela ( SRS ) bersama masyarakat yang diadakan di Balairaya Taman Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Tunggal pada jam 10 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Ketua Balai Polis Gong Badak iaitu ASP Hazifal, Pegawai AADK iaitu Puan Julia bt Jusoh

Dalam ucapan PPD, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi KRT kerana menjemput beliau untuk menghadiri program tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa setiap anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu memainkan peranan menjaga kawasan dengan sebaik-baiknya demi maruah dan keselamatan kampung. Beliau juga berharap agar KRT PAKR Bukit Tunggal sentiasa bersemangat untuk membuat rondaan-rondaan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak berhenti begitu sahaja dan segala aktivi yang akan dilaksanakan dan perlulah sentiasa berterusan.

Di samping itu, dalam ucapan beliau juga menasihatkan semangat perpaduan antara jiran-jiran harus dipupuk kerana ia dapat mengekalkan keharmonian kampung dan juga kerjasama di antara JKKK dan orang kampung amat penting dalam menjayakan sesuatu program. Didikan Ibubapa amat penting dalam membentuk peribadi mulia kepada anak-anak kerana banyak masalah sosial dan jenayah berlaku bermula dari didikan dan asuhan di rumah.

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu



BATU ENAM - 18 Mac 2011- Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Kuala Nerus kali ke-4 2011 telah diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Kuala Nerus pada jam 9 malam .

Majlis dihadiri YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus, Y.Bhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri.

Dalam ucapananya beliau berkata dalam urusan jual beli kita sebagai peniaga kena sentiasa bersikap jujur dan ikhlas. Tawar menawar dalam perniagaan memang menjadi lumrah dan perkara biasa pada setiap hari.Setiap peniaga hendaklah setiasa melayan pelanggan dengan sebaik mungkin contohnya dengan senyuman yang manis dan kata-kata yang baik semasa berurusan dengan pelanggan.

MAJLIS JASA MU DIKENANG






BUKIT TUMBUH - 18 Mac 2011- Majlis Jasa Mu Di Kenang telah diadakan di Balairaya Kampung Bukit Tumbuh pada jam 3 petang dan di hadiri oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, serta isteri Puan Hajah Salbi binti Abd Aziz, Encik Hasnudin bin Hashim Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tungggal,Ketua dan ahli jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda, Puteri dan JKKK.

Majlis dimulakan dengan ucapan YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Dalam ucapan, beliau mengucapkan taniah kepada UMNO Cawangan Bukit Tumbuh kerana dapat mengadakan majlis bagi menyenang jasa-jasa Veteran UMNO (orang lama yang menaikan orang UMNO pada masa dulu). Dalam ucapan beliau, kalau tidak ada orang lama, tidak adalah orang baru. Beliau mengingati kepada semua supaya cakna dan ambil berat akan golongan warga Veteran dan bekerja keras untuk mendapat kemenangan dan dapat merampas kembali DUN Bukit Tunggal.

Program-program seperti ini haruslah diteruskan bagi kita memperkasakan parti UMNO dan mengenang jasa-jasa beliau seperti menziarahi orang sakit atau orang tua dan sebagai masyarakat pula seharusnya ambil tahu apa yang sedang berlaku dalam Cawangan mahupun DUN.

"Apakah YB Pas telah buat sekarang? Kita sebagai orang UMNO perlulah berubah sikap ke arah memperkasakan UMNO.dan juga kita harus berpesan kepada pengundi-pengundi luar supaya mereka tidak mendengar tuduhan, hasutan orang PAS yang telahdilemparkan kepada orang UMNO. Negara-negara islam sekarang ini telah di porak perandakan oleh orang-orang bukan islam oleh sebab itu kita kena lah memuhasabah diri dan cakna kepada parti kita ini sekarang dan sebagai seorang pemimpin juga haruslah peka kepada rakyatnya." Secebis ucapan dari Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.

Dalam ucapan Ahli Parlimen Dato', beliau mengucapkan tahniah kepada cawangan di atas kejayaan majlis ini sehingga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Beliau juga mengingatkan bahawa semangat semasa pilihanraya tahun terdahulu kita dahulu perlu disemarakkan lagi. Beliau juga menyatakan banyak kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada orang ramai dan sebagai membalas budi haruslah menyokong pihak kerajaan Barisan Nasional dan berjuang habis-habisan demi anak bangsa kita. Hal ini kerana rakyat Negeri Terengganu paling bertuah kerana banyak kemudahan yang diberikan dan seharusnya bersyukur. Kekuatan melayu harus digembleng dan mengambil ikhtibar dalam pilihanraya lalu.

Antara penerima-penerima Anugerah Jasa Mu Di Kenang :-

*Tuan Haji Embong bin Yusof *Pn. Rabiah bt Daud

* En. Majid bin Embong *Hajah Nik bt Jusoh

*Tuan Haji Man bin Haji Mat *Hajah Rahmah bt Abdul Hamid

*Tuan Haji Said Harun bin Abdullah *Hajah Khatijah bt Awang

*En. Awang bin Abd Rahman *Hajah Esah bt Abd Rahman

Tuesday, March 15, 2011

SEMINAR KEIBUBAPAAN SMKBT

BUKIT TUNGGAL - 12 Mac 2011- Seminar Keibubapaan yang diadakan bertempat di Sekolah Menengah Bukit Tunggal tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Pengerusi JKKK dalam DUN Bukit Tunggal.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri ,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berkata ramai ibubapa sekarang membuat kesilapan dalam mendidik anak dengan hanya menekankan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.

Pendidikan di sekolah hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik sahaja tetapi untuk mendidik memerlukan penjagaan dan komitmen daripada ibubapa.Pastikan setiap asuhan dan didikan yang diberikan kepada anak adalah betul. Peranan Ibubapa dalam membina modal insan cemerlang dengan meletakkan pendidikan sebagai teras penting. Ibubapa sebagai pewarna masa depan negara dengan mempersiapkan anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat.

Beliau juga turut mengesakan agar ibubapa memantau pengaulan anak-anak agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang meruncingkan sekarang ini.Menginsafkan peserta akan tanggungjawab mereka dalam mencipta kecemerlangan ilmu ke arah membina sebuah keluarga cemerlang di masa depan.Ibubapa juga harus memantau aktiviti anak kerana ibubapa adalah orang yang paling rapat dengan mereka.Kecaknaan yang kuat dari ibubapa memberi kecermelangan yang baik pada keluarga,seperti slogan kata anak-anak adalah permata hidup kita semua.

KEMPEN CARA HIDUP SIHAT





BUKIT TUNGGAL - 12 Mac 2011- Program Kempen Cara Hidup Sihat yang diadakan bertempat di Dewan Sivik Bukit Tunggal tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Pengerusi JKKK dalam DUN Bukit Tunggal.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri ,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan taniah kepada pihak Klinik kesihatan Bukit Tunggal kerana dapat mengadakan program tersebut dansanggup turun padang bagi menjayakan program itu dan juga memprmosikan amalan hidup sihat kepada masyarakat. Dalam ucapannya juga beliau juga berpesan kepada masyarakat setempat agar menjaga kesihatan bagi menjamin kesejahteraan hidup.dengan pemakanan yang baik mewujudkan kesihatan yang sempurna didalam keluarga.hari ini .

Pelbagai cara yang boleh kita buat untuk kecermelangan anak-anak terutamanya selalu peka pada kesihatan,pemakanan dan kebersihan selalu. Cara hidup sihat amatlah penting pada kita semua.kita kena sentiasa peka dalam soal pemakanan,dan kesihatan agar anak-anak sentiasa didalam kecermerlangan yang terbaik.Kesihatan yang baik memberi kehidupan yang sempurna.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan iaitu :-

*Senamrobik

* Derma darah

*Pemeriksaan Kesihatan

*Pemeriksaan gigi utk warga emas dn dewasa

*Rawatan fluorida utk gigi kanak-kanak

*Pemeriksaan pap smear

*Pemeriksaan payudara

*Pameran ubatan-ubatan

*Pameran Kesihatan

*Pameran makanan selamat

*Maskot germ buster

*Kuiz kesihatan

*Cabutan bertuah

*Ceramah kesihatan

*Ceramah pergigian


*Saringan minda sihat

KEJOHANAN SUKANEKA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUMBUH


BUKIT TUNGGAL - 02 Mac 2011- Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh kali ke-18 2011 yang diadakan bertempat di padang sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad, iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Nerus yang mewakili pihak YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal yang tidak dapat hadir. Majlis yang bermula jam 2.00 petang itu, dimulai dengan perbarisan kontinjen pasukan-pasukan rumah sukan dan juga unit-unit beruniform sekolah.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan taniah kepada Guru Besar kerana dapat mengadakan Kejohanan Olahraga dan merupakan satu kejayaaan yang perlu di banggakan.Untuk menjadi juara bukanlah mudah.Kita hanya tahu berlari tapi tidak ramai orang yang tahu cara untuk berlari dengan betul.Jadi kita hendaklah belajar.

Antara acara-acara sukan yang telah dipertandingkan adalah 4x 100M Akhir lelaki dan perempuan tahun 6, 4X100 M Akhir Lelaki dan Perempuan tahun 4,5 dan 6 serta 4x200 M Akhir lelaki dan perempuan tahun 4,5 dan 6. Bagi acara sukaneka tahap I lelaki dan perempuan pula, acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti tiup belon, isi air dalam botol, lari dalam guni.Bagi acara untuk Ibubapa pula dipertandikan Belon Ku Sayang.Acara bagi Guru juga dipertandingkan iaitu Junjung buku ( Cikgu Wanita ) dan Larian Terompah Gergasi ( Gikgu Lekaki ).

Majlis kejohanan sukan tersebut telah berakhir kira-kira jam 7.00 petang. Majlis penyampaian hadiah bagi kategori perbarisan rumah sukan, perbarisan unit beruniform dan hiasan rumah sukan telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad dan diiringi oleh Guru Besar iaitu YM Puan Hajah Syarifah Kasmani bt Syed Akil.Sabtu