TIME

Anda Pelawat Ke

Friday, January 7, 2011

PROGRAM 1000 MAWAR SEMANGAT MERAH JAMBU






PULAU DUYONG - 07 JAN 2011- Program Semarak 1000 Mawar telah diadakan di Dewan Sivik Pulau Duyong pada jam 2.30 petang bersempena menyahut cabaran bahawa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus masih mampu berdikari. Jumlah keahlian baru dalam Kuala Nerus adalah seramai 640 orang yang mana setiap cawangan mencari 5 orang ahli baru. Setiap ahli yang hadir menerima sekuntum bunga mawar bagi menyemarakan lagi semangat gelombang pink. Anggaran kehadiran ahli puteri yang hadir pada majlis tersebut adalah 1000 orang.

Kehadiran 3 wakil rakyat dan seorang PPD menyemarakan lagi majlis ini….YB Ustaz Haji Ramli bin Mohd Noh ADUN Tepoh, YB Datuk Abdul Rahin bin Mohd Said ADUN Teluk Pasu, YB Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman ADUN Seberang Takir dan Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Turut hadir Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri, Ketua Penerangan Puteri Malaysia, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Ketua Pemuda dan Wanita Bahagian Kuala Nerus.

Kemeriahan majlis ini telah menggamit keriuhan dengan mengadakan pertandingan ratu kebaya yang terdiri daripada puteri-puteri di setiap DUN. Dan pembahagian kuntuman mawar merah jambu kepada ahli baru dan jemputan yang hadir.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus, Puan Aida binti Azam mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Puteri Malaysia kerana sudi meluangkan masa dengan ahli-ahli baru dalam Kuala Nerus. Kempen keahlian telah di jalan di peringkat cawangan-cawangan sempena persediaan pilihanraya ke-13 akan datang. Bagi menyempurnakan program ini….kempen keahlian selama 2 minggu telah berjaya mengutip 640 orang ahli dalam Kuala Nerus. Walau apa pun cabaran dan tohmahan yang akan dialami tetapi puteri kental mengharunginya demi memenagi pilihanraya ke 13 nanti. Laungan“HIDUP UMNO, HIDUP PUTERI” telah membangkitkan lagi semagat puteri Kuala Nerus.

YB Dato’ Ketua dengan bangganya mengucapkan tahniah dan syabas kerana berjaya mengadakan program yang sebegitu gah dan luar jangkaan. Rasa bersyukur dan bertuah kerana Ketua Puteri Malaysia sudi datang ke Kuala Nerus. Puteri Kuala Nerus benyak mengadakan program di peringkat DUN, Peti Undi dan Cawangan sekali pun. Puteri perlu terus kehadapan..melangkah demi melangkah bagi perjuangan ini…dengan harapan adanya pengundi-pengundi baru seramai 3800 orang menyebelahi pihak kita. Mereka inilah menentukan kepimpinan akan datang. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kemungkinan tidak dipimpin dengan betul. Tahniah sekali lagi di atas kejayaan ini.

Ketua Puteri Malaysia mengatakan gelombang pink pada hari ini mampu menguatkan parti… Senario politik kini berbeza dengan yang lepas, kini banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa mengharunginya…dengan pertubuhan parti-parti lain.

Keahlian baru adalah nadi kepada kekuatan dan kemantapan puteri…puteri bersedia mambantu parti dengan membawa sekuntum mawar yang memberi maksud melahirkan puteri yang berkualiti dan unggul dalam parti. Pucuk pimpinan meletakkan harapan yang tinggi kepada puteri mahupun pemuda kerana mereka adalah glongan muda yang akan mengfalsafahkan perjuangan ini.

Ahli puteri perlu menjaga tingkah laku, peradaban bagi menunjukkan puteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan mampu melakukan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tahniah kepada Puteri Kuala Nerus kerana mendapat tempat ke-2 dalam Negeri Terengganu iaitu mencatat 5600 ahli baru. Saranan YB Datuk Rosnah, kita perlu memastikan ahli-ahli baru ini agar memangkah Barisan Nasional, Insya-Allah. Diakhir kata YB Datuk Rosnah melaungkan slogan “PUTERI PEJUANG WANITA MUDA”.

Majlis ini berakhir dengan lancaran sejambak bunga mawar dengan diiringi oleh YB Dato’ Mohd Nasir, Ketua Pergerakan Puteri Negeri dan Ketua Pergerakan Puteri Kuala Nerus.


No comments: