TIME

Anda Pelawat Ke

Sunday, November 27, 2011

TAKLIMAT CAKNA RUKUN TETANGGA


MONSOON CUP


SIMULASI PILIHANRAYA DUN BUKIT TUNGGAL 2011




BUKIT TUNGGAL, 26 November 2011- Simulasi Pilihanraya DUN Bukit Tunggal yang melibatkan lima peti undi iaitu Bukit Tunggal, Pengkalan Arang, Batu Enam, Bukit Tumboh dan Pulau-pulau telah diadakan pada 26 November 2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Simulasi tersebut melibatkan lima buah pusat pengundian yang telah dipilih iaitu Sek Keb Bukit Tunggal, Sek Men Keb Bukit Tunggal, Sek Keb Bukit Tumbuh, Sek Keb Duyong dan Sek Men Teknik Vokasional.

Setiap peti undi diminta untuk mengeluarkan dua ratus orang sampel yang terdiri daripada enam puluh peratus pengundi muda iaitu pemuda dan puteri dan selebihnya ialah pengundi veteran atau dewasa.

Sebelum simulasi tersebut berlangsung, setiap portfolio jentera pilihanraya telah mengadakan beberapa kali mesyuarat untuk melengkapkan jentera parti. Setiap jawatankuasa telah diberi tanggungjawab untuk membantu parti dalam memastikan simulasi pilihanraya tersebut berjalan lancar. Simulasi ini diadakan bertujuan untuk melatih para pengundi untuk keluar mengundi dan juga sebagai persediaan jentera pilihanraya peringkat cawangan untuk berdepan dengan pilihanraya umum ke-13.



CERAMAH ISU SEMASA





BUKIT TUNGGAL, 25 November 2011- Ceramah isu-isu semasa DUN Bukit Tunggal sempena Simulasi Pilihanraya telah berlangsung di perkarangan Rumah UMNO Cawangan Bukit Kandis. Ceramah tersebut telah bermula jam 9.00 malam dengan dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik dan isteri, serta pengerusi-pengerusi JKKK DUN Bukit Tunggal. Turut hadir ke ceramah tersebut ialah Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal iaitu En Hasnuddin bin Hashim ,YBhg To’Puan Sabariah bt Dato Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Rashid bin Sidi Latif dan YBhg Ustaz Wahab bin Mohamad. Antara isu-isu penting yang telah dibahaskan pada malam tersebut ialah isu pembohongan Pas dalam isu hudud dan undang-undang Islam, perpaduan orang melayu dan islam serta kelemahan-kelemahan parti pembangkang. Majlis tersebut telah berakhir kira-kira jam 12.00 tengah malam.

KLINIK BERGERAK PUTERI PRIHATIN



BUKIT TUNGGAL, 25 November 2011- Klinik bergerak anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus dengan kerjasama Penyelaras Puteri DUN Bukit Tunggal telah berlangsung di Perkarangan Rumah UMNO Cawangan Bukit Kandis.Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Puan Aida bt Azam dan jawatankuasa-jawatankuasa puteri Umno Bahagian Kuala Nerus.

Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8.30 pagi iaitu kehadiran orang-orang kampung. Majlis tersebut bermula dengan pendaftaran dan seterusnya agihan cenderahati kepada orang-orang kampung daripada Pergerakan Puteri DUN Bukit Tunggal.

Pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan. Majlis tersebut mendapat sambutan daripada orang-orang kampung sekitar DUN Bukit Tunggal.