Monday, February 28, 2011
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL APMT BERSAMA JAWATANKUASA SURAU PAKR BUKIT TUNGGAL
PROGRAM ANAKKU SAYANG BERSAMA IBU BAPA CALON UPSR 2011 MERIAH
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi
dan Sumber Manusia, YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman
menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Anakku Sayang
Bersama Ibu bapa Calon UPSR Tahun 2011.
Tumpukan perhatian kepada anak-anak..Antara ucapan yang disampaikan oleh YDP PIBG SKBT, Tuan Haji Ismail bin Nik merangkap Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.
Ibu bapa bersama para pelajar mendengar ceramah sempena Program Anakku Sayang di dewan SKBT baru-baru ini.
Guru Besar SKBT Encik Mohd Zaidi Bin Yaakub menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
BUKIT TUNGGAL: 24 Februari 2011- Program Anakku Sayang Bersama Ibu bapa calon UPSR tahun 2011 telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dengan kehadiran ramai ibu bapa dalam suasana penuh meriah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, iaitu Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik.
Sebaik sahaja YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman tiba di perkarangan sekolah, majlis dimulakan dengan paluan kompang yang telah dipersembahkan oleh pelaja-pelajat tahun 4,5,dan 6. Turut mengiringi beliau ialah Guru
Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh guru besar iaitu Encik Mohd Zaidi Bin Yaakub, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa, YB Haji Ahmad Razif dan juga Tuan Haji Ismail bin Nik ke majlis tersebut. Beliau juga menggesa agar ibu bapa ambil cakna terhadap anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Beliau juga telah memaklumkan bahawa Terengganu masih lagi unggul dalam Peperiksaan UPSR. Pada tahun ini, seramai 25 orang pelajar daripada 195 orang calon telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Manakala jumlah pelajar yang mendapat 4A pula adalah seramai 10 orang. Peratus peningkatan pelajar yang telah berjaya mendapat 5A adalah sebanyak 13.02%. Di samping itu, SKBT juga telah menduduki ranking ke-89 terbaik dalam UPSR daripada 745 sekolah yang mengambil peperiksaan tersebut di Negeri Terengganu.
Beliau juga berharap agar ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak agar aktif dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini kerana pelajar yang aktif dalam kokurikulum akan dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang bermoral. Pada masa yang sama, beliau juga telah memaklumkan bahawa pada tahun ini beliau mensasarkan peratus pelajar yang akan lulus dalam semua mata pelajaran adalah sebanyak 80%. Pada tahun ini juga, pihak sekolah akan mengadakan motivasi, kem-kem pelajaran, kelas tambahan,kelas malam dan juga kursus kem teknik menjawab soalan kepada pelajar-pelajar tahun 6.
Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, beliau juga berharap agar ibu bapa lebih banyak menumpukan perhatian kepada pembelajaran anak-anak. Selain itu, beliau juga menggesa agar ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak supaya lebih banyak menumpukan perhatian dalam pendidikan. Beliau juga berpesan supaya ibu bapa sentiasa mengawal segala tindak-tanduk anak-anak sama ada mereka berada di rumah, sekolah dan juga ketika anak-anak bersama dengan kawan-kawan.
Di samping itu, beliau juga menasihati para pelajar agar menggunakan masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan mengelakkan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah.
Manakala dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Ahmad Razif pula, beliau telah menyatakan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM35 Juta setahun kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dalam kemajuan pendidikan negeri. Kekuatan guru-guru di Terengganu dalam mendidik dan memastikan kejayaan pelajar tidak dapat ditandingi oleh mana-mana guru di negeri lain.
Baru-baru ini, YB Ahmad Razif telah memaklumkan bahawa
Beliau juga telah melahirkan perasaan bangga kerana Terengganu telah tiga tahun berturut-turut cemerlang dalam Peperiksaan PMR. Di samping itu, beliau juga berharap agar rakyat perlu mengekalkan kepimpinan negeri dan negara yang ada pada hari ini perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Pada masa yang sama, beliau juga menggesa agar para pelajar lebih tekun belajar untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang sekaligus dapat membantu kerajaan negeri dalam
Monday, February 21, 2011
MAJLIS PERASMIAN BENGKEL DENGGI KLINIK KESIHATAN SEBERANG TAKIR
Seberang Takir : 21 Februari 2011 Satu majlis perasmian bengkel denggi telah diadakan bertempat di Klinik Kesihatan Seberang Takir jam 3.00 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pusat Kesihatan Seberang Takir iaitu En Azmi, Timbalan Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Seberang Takir iaitu Haji Hussein bin Muda serta kakitangan Klinik Kesihatan Seberang Takir.
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Encik Azmi, beliau telah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan misalnya telah mengadakan gotong-royong serentak di semua sekolah di seluruh
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, beliau telah menyatakan bahawa pihak kerajaan sangat mengambil berat bagi membanteras denggi. Justeru, peningkatan aktiviti kawalan perlu diperhebat bukan sahaja melibatkan Kementerian Kesihatan namun juga Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa peranan dan penglibatan masyarakat adalah amat dituntut demi membendung kejadian wabak denggi.
Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan agar masyarakat pada hari ini tidak bergantung harap sepenuhnya bahawa tugas mencegah demam denggi adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan
MAJLIS RAMAH MESRA PERONDA SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) RUKUN TETANGGA
GONG KIJANG : 17 Februari 2011- Majlis Ramah Mesra Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama pemimpin masyarakat telah di adakan bertempat di Balai Khairat JKKK Kampung Gong Kijang jam 9.00 malam. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Pengerusi JKKK Gong Kijang iaitu Haji Abd Rahman Bin Salleh, Ketua Balai Polis Gong Badak iaitu ASP Hazifal dan Pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu iaitu ASP Norizam serta penduduk kampung Gong Kijang.
Majlis yang dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Haji Abd Rahman Bin Salleh dengan berselawat beramai-ramai. Majlis tersebut juga turut mendapat sambutan daripada penduduk Kampung Gong Kijang.
Seterusnya,Pegawai Pembangunan DUN menyampaikan ucapan beliau. Dalam majlis tersebut, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi JKKK Gong Kijang kerana memberi tapak balai khairat untuk melakukan aktiviti-aktivi kebajikan. Beliau juga menyatakan bahawa setiap anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu berjaga bersungguh-sungguh untuk maruah dan keselamatan kampung.
Di samping itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Haji Abd Rahman Bin Salleh kerana menjemput beliau kemajlis yang penuh bermakna itu. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik, beliau juga berharap agar KRT Kampung Gong Kijang sentiasa bersemangat untuk membuat rondaan-rondaan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak berhenti begitu sahaja dan segala aktivi yang akan dilaksanakan perlulah sentiasa berterusan.
Wednesday, February 16, 2011
KEJOHANAN OLAHRAGA SKBT 2011 KALI KE-23
BUKIT TUNGGAL - 16 FEB 2011- Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal kali ke-23 yang diadakan bertempat di padang sekolah tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan juga merangkap Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tunggal. Majlis yang bermula jam 2.30 petang itu, dimulai dengan perbarisan kontinjen pasukan-pasukan rumah sukan dan juga unit-unit beruniform sekolah.
Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput beliau ke sukan tahunan sekolah. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru besar kerana kejohanan olahraga sukan sekolah pada tahun ini adalah yang terakhir buat Encik Mohd Zaidi bin Yaakub.
Antara acara-acara sukan yang telah dipertandingkan adalah 80 M Akhir Berpagar lelaki dan perempuan tahun 6, 100 M Akhir Lelaki dan Perempuan tahun 4,5 dan 6 serta 4x200 M Akhir lelaki dan perempuan tahun 4,5 dan 6. Bagi acara sukaneka tahap I lelaki dan perempuan pula, acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti tiup belon, 80 M lari berganti-ganti lelaki dan perempuan, isi air dalam botol, tutup mata tangkap bola serta kayu dan bola hoki.
Majlis kejohanan sukan tersebut telah berakhir kira-kira jam 5.30 petang. Majlis penyampaian hadiah bagi kategori perbarisan rumah sukan, perbarisan unit beruniform dan hiasan rumah sukan telah disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik dan diiringi oleh Guru Besar iaitu Encik Mohd Zaidi bin Yaakub.
Tuesday, February 15, 2011
MAJLIS PENYERAHAN E-BOOK SEKOLAH-SEKOLAH DUN BUKIT TUNGGAL DAN LAPTOP KEPADA GURU-GURU AKRAM NEGERI TERENGGANU
BUKIT TUNGGAL - 14 Februari 2011 - Majlis penyerahan e-book sekolah-sekolah DUN Bukit Tunggal dan laptop kepada guru-guru AKRAM Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan SMK Bukit Tunggal jam 3.00 petang. Majlis yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dan ibu bapa sekolah dalam DUN Bukit Tunggal serta guru-guru AKRAM.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Terengganu, iaitu YBhg Encik Razali bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri iaitu YB Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman, serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri iaitu YB Datuk Abdul Rahin bin Dato’ Mohd Said. Selain itu, turut hadir memeriahkan majlis ialah To’ Puan Hajah Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof iaitu isteri kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail Bin Nik, serta Pengerusi TOP IT iaitu Encik Musa Bin Nik.
Seramai 343 orang pelajar tahun 5 telah menerima e-book daripada YAB Menteri Besar Terengganu. Mereka terdiri daripada 71 orang pelajar dari SK Duyong, 87 orang pelajar dari SK Bukit Tumboh dan seramai 185 orang pelajar adalah daripada SK Bukit Tunggal. Manakala, guru-guru AKRAM yang telah menerima laptop pula adalah seramai 800 orang.
Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Terengganu, beliau telah menyatakan bahawa, tujuan utama Kerajaan Negeri memberikan e-book kepada pelajar-pelajar adalah untuk membuka minda para pelajar agar mahir dan celik dalam penggunaan IT. Walaupun sebelum ini, guru-guru sekolah hanya mengajar pelajar berasaskan buku, namun perkembangan Sains dan Teknologi telah membantu para pelajar untuk menuntut ilmu dengan berasaskan bantuan dan kemajuan ICT. Keadaan ini secara tidak langsung juga untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri Anjung IImu. Pada tahun 2010, seramai 46,000 orang pelajar tahun 5 dan 6 serta pelajar-pelajar Pendidikan Khas telah menerima bantuan e-book daripada Kerajaan Negeri.
Pada tahun ini pula, jumlah pelajar yang telah menerima bantuan e-book telah meningkat kepada 91,000 orang. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa, Kerajaan Negeri amat serius dalam menitikberatkan pendidikan di kalangan para pelajar. Hal ini secara tidak langsung telah meletakkan Negeri Terengganu mencatat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan UPSR 9 tahun berturut-turut.
Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Menteri Besar pula, beliau telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam penggunaan e-book di kalangan pelajar sekolah iaitu melebihi RM50 Juta. Setiap tahun, Keraaan Negeri telah memperuntukkan RM200 Juta setahun untuk membangunkan sektor pendidikan negeri. Beliau telah menyatakan bahawa bidang pendidikan amat penting kerana ia akan mengubah landskap pendidikan dan ekonomi negara pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, beliau juga telah menyatakan bahawa keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Terengganu pada tahun 2010 telah meningkat kepada 15.4% berbanding negeri-negeri lain yang mengalami sedikit kemerosotan. Selain itu, pelajar-pelajar Terengganu yang cemerlang dalam peperiksaan dan berminat untuk menjadi doktor, akan dihantar ke dua buah universiti perubatan di luar negara iaitu di Universiti
Saturday, February 12, 2011
MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PERSATUAN SENI SILAT KERAMAT BATU ENAM
GONG BADAK : 8 Februari 2011
Majlis makan malam sempena meraikan penubuhan Persatuan Seni Silat Keramat Batu Enam telah di adakan bertempat di Restoran Sri Wangsa jam 9.00 malam. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Keramat Batu Enam, dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tun
ggal. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pemuda Bahagian Kuala Nerus, iaitu Tuan Haji Apli Bin Yusof, YBhg. Tuan Haji Ismail Bin Nik iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal serta Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu YB Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri.
Dalam ucapan Yang Berbahagia Pegawai Pembangunan DUN, beliau telah menasihati kepada semua yang hadir agar memperkasa NGO Melayu sepertimana Persatuan Seni Silat Keramat Batu Enam bagi menggerakkan lagi aktiviti-aktiviti dan perancangan persatuan. Walaupun setiap persatuan mempunyai ideologi dan pemahaman yang berlainan, namun beliau mengingatkan agar penyatuan bangsa Melayu adalah penting untuk generasi muda akan datang.
Dalam ucapan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Nerus, beliau telah mengingatkan kepada semua yang hadir agar memupuk payung bangsa yang semakin pudar. Beliau telah berpesan agar utamakan pegangan politik kerana ia amat penting untuk orang-orang Melayu. Persatuan adalah merupakan tempat penyatuan masyarakat pada hari ini kerana melalui persatuan, setiap lapisan masyarakat akan aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Beliau juga telah menyatakan bahawa negeri-negeti seperti Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis adalah negeri-negeri yang ramai penduduknya berbangsa Melayu. Justeru, amat penting bagi setiap rakyat di negeri-negeri tersebut mempertahankan negeri masing-masing demi kemajuan agama, bangsa dan negaraMAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA SEPETANG BERSAMA YBHG DR MOHD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN (BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI 1, PULAU PINANG)
BATU ENAM : 10 Februari 2011- Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa Sepetang Bersama Yang Berbahagia Dr Mohd Fairus Bin Khairuddin iaitu Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang telah diadakan bertempat di Bangunan UMNO Bahagian Kuala Nerus jam 2.30 petang. Majlis tersebut telah di hadari oleh Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, iaitu Haji Hasan Bin Ali, Setiausaha UMNO iaitu Haji Abd Rahman Bin Mohd, Ketua Pergerakan Wanita UMNO iaitu Hajah Khadijah Bt Awang serta Hajah Sabariah Bt Dato’ Haji Mohd Yusof iaitu isteri kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri.
Dalam ucapan Yang Berhormat Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh, beliau telah memperingatkan agar setiap jentera melakukan gerak kerja yang lebih kemas dan drastik yang lebih tertumpu ke arah PRU ke -13.Setiap bulan, menjelang PRU ke-13 nanti, akan terdapat dua orang penceramah di setiap DUN. Beliau juga memaklumkan bahawa seorang penceramah dari luar Terengganu akan dijemput untuk menyampaikan ceramah menjelang tempoh pilihan raya. Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan agar setiap jentera pilihan raya menggerakkan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini. Setiap jentera juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam media baru seperti internet dan blog-blog kerana media tersebut juga merupakan saluran penerangan yang hebat pada hari ini.
Dalam ucapan Yang Berbahagia Dr Mohd Fairus Bin Khairuddin, beliau telah mengingatkan agar setiap masyarakat perlu menjaga maruah agama, bangsa dan negara demi kemakmuran rakyat. Setiap lapisan masyarakat juga perlu menjadi pengikut yang baik jika ingin menjadi pemimpin yang baik.
Selain itu, setiap masyarakat juga perlu mempunyai jiwa merdeka dan bebas dari sebarang perhambaan. Beliau juga berpesan agar masyarakat pada hari ini usah bergantung nasib kepada orang lain selain ALLAH S.W.T.