TIME

Anda Pelawat Ke

Wednesday, December 28, 2011

LAWATAN CAKNA RAKYAT PRIHATIN




Program Kecemerlangan Dan Pemantapan Wanita Dun Bukit Tunggal



PERTANDINGAN BUBUR ASYURA

PROGRAM KAYUHAN PERPADUAN

KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI APMT 2011





Marang - Bermula 18 hingga 20 Disember 2011, anggota APMT DUN Bukit Tunggal menjalani kursus wajib bertempat di Marang Village Resort and Spa anjuran ibu pejabat APMT.

Melalui kursus ini, peserta didedahkan cara bekerja secara berkumpulan dan mengenal diri dalam menjalani kehidupan harian. Selain itu,turut diadakan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), senaman pagi sebagai aktiviti riadah, Kuliah Maghrib dan Subuh.

Banyak unsur kerohanian diterapkan dalam kursus ini bagi mengembalikan matlamat asal dalam menjalani kehidupan di dunia ini untuk mencapai kebahagiaan Akhirat kelak.

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA



MAJLIS BERKHATAN



MAJLIS PENYAMPAIAN CEK ELAUN JKKK


MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN JKKK



Sunday, November 27, 2011

TAKLIMAT CAKNA RUKUN TETANGGA


MONSOON CUP


SIMULASI PILIHANRAYA DUN BUKIT TUNGGAL 2011




BUKIT TUNGGAL, 26 November 2011- Simulasi Pilihanraya DUN Bukit Tunggal yang melibatkan lima peti undi iaitu Bukit Tunggal, Pengkalan Arang, Batu Enam, Bukit Tumboh dan Pulau-pulau telah diadakan pada 26 November 2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Simulasi tersebut melibatkan lima buah pusat pengundian yang telah dipilih iaitu Sek Keb Bukit Tunggal, Sek Men Keb Bukit Tunggal, Sek Keb Bukit Tumbuh, Sek Keb Duyong dan Sek Men Teknik Vokasional.

Setiap peti undi diminta untuk mengeluarkan dua ratus orang sampel yang terdiri daripada enam puluh peratus pengundi muda iaitu pemuda dan puteri dan selebihnya ialah pengundi veteran atau dewasa.

Sebelum simulasi tersebut berlangsung, setiap portfolio jentera pilihanraya telah mengadakan beberapa kali mesyuarat untuk melengkapkan jentera parti. Setiap jawatankuasa telah diberi tanggungjawab untuk membantu parti dalam memastikan simulasi pilihanraya tersebut berjalan lancar. Simulasi ini diadakan bertujuan untuk melatih para pengundi untuk keluar mengundi dan juga sebagai persediaan jentera pilihanraya peringkat cawangan untuk berdepan dengan pilihanraya umum ke-13.



CERAMAH ISU SEMASA





BUKIT TUNGGAL, 25 November 2011- Ceramah isu-isu semasa DUN Bukit Tunggal sempena Simulasi Pilihanraya telah berlangsung di perkarangan Rumah UMNO Cawangan Bukit Kandis. Ceramah tersebut telah bermula jam 9.00 malam dengan dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik dan isteri, serta pengerusi-pengerusi JKKK DUN Bukit Tunggal. Turut hadir ke ceramah tersebut ialah Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal iaitu En Hasnuddin bin Hashim ,YBhg To’Puan Sabariah bt Dato Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Rashid bin Sidi Latif dan YBhg Ustaz Wahab bin Mohamad. Antara isu-isu penting yang telah dibahaskan pada malam tersebut ialah isu pembohongan Pas dalam isu hudud dan undang-undang Islam, perpaduan orang melayu dan islam serta kelemahan-kelemahan parti pembangkang. Majlis tersebut telah berakhir kira-kira jam 12.00 tengah malam.