TIME

Anda Pelawat Ke

Wednesday, November 24, 2010

PROGRAM GERAK SEPADU CAKNA KOMUNITI



BUKIT TUNGGAL, 20 NOVEMBER 2010 – Program Gerak Sepadu Cakna Komuniti telah diadakan bertempat di Balairaya Kampung Bukit Tok Ris dianjurkan oleh JKKK Kampung Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal, Bukit Kandis, Bukit Datu, Taman Perumahan Bukit Tunggal dan Taman Perumahan Bukit Datu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu DUN Bukit Tunggal dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Program ini dihadiri tetamu khas iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz dan 300 orang penduduk kawasan tersebut yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam masa yang sama, masyarakat yang hadir dapat membuat pemeriksaan secara percuma dan melihat pameran berkenaan dadah sebagai menambah pengetahun dan pendedahan tentang bahaya dan kesan pengambilan dadah.

Ceramah dimulakan oleh Ashaari bin Khatib Ali iaitu. Beliau banyak menyentuh isu gegala sosial yang kerap berlaku sekarang seperti dadah, buang anak dan rempit. Dan juga berkongsi pengalaman kaedah dalam memberi didikan kepada anak-anak yang cemerlang.

Acara disusuli dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Ismail bin Nik. Dalam ucapan, beliau menasihati ibubapa memberi didikan dan perhatian yang lebih kepada anak-anak sejak kecil lagi agar dapat menangani masalah gejala sosial yang kian berleluasa bak kata pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Program bermakna ini berakhir pada jam 6.00 petang. Pihak APMT turut memberi sumbangan dan menyampaikan cenderahati berupa gula dan susu kepada setiap peserta yang hadir. Rata-rata tetamu yang hadir gembira dengan program yang diadakan.

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat dan mewujudkan amalan ramah mesra diantara satu sama lain.

Sunday, November 14, 2010

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 SKBT

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2010

PROGRAM :

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2010

TARIKH : 14 November 2010 (Ahad)

TEMPAT : Sek Rendah Kebangsaan Bukit Tumbuh

PERASMIAN & PENYAMPAIAN:

YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri

Ahli Parlimen Kuala Nerus

TUTUT HADIR :

- Y Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik (PP DUN Bukit Tunggal)

UCAPAN :

- Tahniah kepada pelajar 5A Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tumbuh iaitu seramai 18 orang. Syabas kepada kerajaan negeri Terengganu kerana telah dapat mengekalkan kedudukan kecemerlangan UPSR selama 10 tahun berturut-turut. Ini adalah dorongan dan kesungguhan guru-guru dalam mendidik pelajar supaya mencapai skor 5A seramai mungkin. Dalam mendidik, kita tidak boleh bergantung harap kepada sekolah sahaja, para ibu bapa juga perlu memberi sokongan dan keprihatinan kepada anak dalam mencapai 5A.

Saturday, November 13, 2010

HARI SUKAN APMT



MAJLIS ANUGERAH KELUARGA MITHALI







PULAU DUYONG, 13 NOVEMBER - Majlis Anugerah Keluarga Mithali “ 1 Keluarga, 1 Kegemilangan” telah diadakan bertempat di Dewan Cindai Riyaz Heritage Bay, Pulau Duyong yang dianjurkan oleh Parlimen Kuala Nerus.

Antara tetamu yang turur hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu Y.B Dato Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Turut mengiringi beliau ialah isteri, To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof.

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz dan Y.B Ustaz Haji Ramli bin Mohamad Noh ADUN Tepoh.

Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8.30 malam dimulakan dengan acara makan malam sambil dihidangkan persembahan marhaban.

Acara disusuli dengan ucapan perasmian oleh Y.B Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Beliau menegaskan ibu bapa memainkan peranan penting memberi sokongan padu dalam proses mendidik anak mereka agar dapat mewujudkan generasi yang baik dan berkualiti. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan negeri Terengganu dapat mengekalkan rekod kedudukan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR selama 10 tahun berturut-turut. Saranan YB Dato’kepada kerajaan adalah memperkasakan bahasa jawi sebagai subjek efektif agar subjek ini dapat diikuti generasi muda dan tidak dilupakan oleh dek perarusan zaman.

Program ini melibatkan 3 buah DUN iaitu Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepoh. Anugerah yang diraih oleh peserta dari DUN Bukit Tunggal iaitu 3 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. Manakala DUN Teluk Pasu memenangi 5 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. DUN Tepoh terdiri dari 5 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. Kategori cemerlang mendapat sijil bersama wang tunai RM 300.00, keluarga gemilang mendapat sijil bersama wang tunai RM 500.00 dan keluarga terbilang mendapat sijil bersama wang tunai RM 1000.00.

Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu Bukit Tunggal turut tidak ketinggalan menghargai atas kemenangan peserta dengan menghadiahkan 7 hamper kepada keluarga yang terpilih yang datangnya dari kawasan DUN Bukit Tunggal.

Bagi kategori keluarga terbilang DUN Bukit Tunggal dimenangi oleh Tuan Haji Harun bin Abd Ghani yang mempunyai anak seramai 14 orang, DUN Teluk Pasu dimenangi oleh Encik Mohamad bin Omar mempunyai 4 orang anak berkelulusan master di luar Negara dan DUN Tepoh dimenangi oleh Encik Yusof bin Ali dengan bilangan anak seramai 10 orang.

Friday, November 12, 2010

PROGRAM AADK

PROGRAM :

Majlis BBQ & Penyampaian Hadiah Sukaneka Sempena Sayangi Rakyat

TARIKH : 12 November 2010 (Jumaat)

TEMPAT : Dewan Sivik Pulau Duyong

PERASMIAN :

YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri

Ahli Parlimen Kuala Nerus

UCAPAN :

- Mengucapkan tahniah kepada pemenang….program ini dapat menerapkan kerjasama dan mesra rakyat serta jiran-jiran. Tujuan program ini adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa pengambilan dadah secara berlebihan boleh mengundang kematian. Pihak kerajaan kini telah banyak mengadakan pelbagai program dan aktiviti seperti pameran, sukaneka dan lain-lain bagi mengatasi gejala ini. Kadar penagih dadah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dalam kawasan DUN Bukit Tunggal, peti undi Pulau-Pulau merupakan kawasan yang semakin meningkat setiap tahun dan pendekatan pihak berwajib adalah mengadakan pameran serta sukaneka. Akan tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membentuk generasi yang berkualiti demi agama, bangsa dan Negara kerana generasi muda inilah merupakan penentu masa depan rakyat.

TURUT HADIR :

- Y Bhg Tuan Haji ismail bin Nik

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal

PENGLIBATAN :

- Anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan bersama Parlimen Kuala Nerus dan Peti Undi Pulau-Pulau

LAWATAN CAKNA RAKYAT



Wednesday, November 3, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN TERTUTUP BADMINTON PULAU DUYONG



PULAU DUYONG -31 OKTOBER - Pihak Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pulau Duyung telah menganjurkan permainan batminton secara tertutup.

Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik,Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.

Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk tempatan terutama di kalangan para pemuda yang mempunyai semangat perjuangan dan juga dapat membendung budaya yang kurang sihat di samping mengelak para pemuda terjebak dengan gejala-gejala sosial yang tidak diingini.