TIME

Anda Pelawat Ke

Sunday, October 17, 2010

SELINGAN PROGRAM KONVENSYEN UMNO TERENGGANU


15 Oktober 2010 - Pasukan dari AJK Puteri Bahagian Kuala Nerus menjuarai pertandingan bola jaring pantai menumpaskan pasukan lawan dari Marang.











KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK APMT















MINI KONVENSYEN KUALA NERUS

Monday, October 11, 2010

MAJLIS BBQ JAMUAN HARI RAYA CAWANGAN BUKIT TOK RIS












BUKIT TOK RIS, 8 Oktober – Majlis sambutan Hari Raya Cawangan JKKK Bukit Tok Ris anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Bukit Tunggal dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Tok Ris telah diadakan bertempat di perkarangan Balairaya Bukit Tok Ris. Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8.45 malam.

Antara tetamu yang turur hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu Y.B Dato Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Turut mengiringi beliau ialah isteri, To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof.

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran penduduk Kampung Bukit Tok Ris. Pelbagai menu telah dihidangkan pada malam tersebut. Antaranya seperti BBQ ayam, sotong dan ikan, mee hun goreng, nasi goreng, keropok, puding, dan kuih-muih. Pada malam tersebut, Setiausaha Cawangan Bukit Tok Ris iaitu Cik Rozita Binti Abd Rashid mengelola pertandingan kuiz.

Hadiah kuiz disampaikan oleh YB Dato Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan isteri beliau To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof, Pegawai Pembangunan DUN Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajjah Salbi bin Haji Abdul Aziz menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam. Semua tetamu yang hadir berasa sangat gembira dengan majlis sambutan hari raya kali ini.

Sunday, October 3, 2010

MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN, CERAMAH DAN JAMUAN HARI RAYA




GONG KIJANG, 3 Oktober – Satu Majlis Bacaan Surah Yaasin, Ceramah dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran APMT bersama JKKK Gong Kijang telah diadakan bertempat di Balai Khairat Kampung Gong Kijang bermula jam 9.00 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal yang juga isteri Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik iaitu YBhg. Puan Hajah Salbi Binti Abd Aziz, penceramah jemputan Ustaz Haji Sulong bin Salleh, Pengerusi JKKK Kampung Gong Kijang, Ustaz Haji Abd Rahman Bin Salleh, Ketua Penyelia APMT DUN Bukit Tunggal, Cik Rahayu Bt Che Ayob dan juga kakitangan-kakitangan APMT DUN Bukit Tunggal.


Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abd
Rahman Bin Salleh, beliau telah menyatakan bahawa
pada hari ini, ramai golongan alim ulama telah
meninggal dunia. Justeru, beliau menyarankan
agar masyarakat pada hari ini rajin meluangkan masa
menuntut ilmu agama demi mencapai kejayaan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Beliau juga
mengingatkan agar setiap lapisan masyarakat
kerap menghadiri kelas-kelas ilmu seperti program
bacaan Surah Yasin dan kelas pengajian Al-Quran
yang dianjurkan oleh setiap kampung.

Selain itu, beliau juga mengingatkan orang
ramai agar membuat semakan ke atas pendaftaran pemilih baru bagi mereka yang masih belum mendaftarkan diri. Hal ini memandangkan masih ramai lagi masyarakat Melayu yang masih belum mendaftar. Pada masa yang sama, beliau juga berpesan agar masyarakat kita pada hari ini memberi sokongan kepada pemimpin demi mencapai kesejahteraan rakyat.

Dalam majlis yang sama, Y.Bhg Ustaz Haji Sulong bin Salleh turut menyampaikan ucapan. Beliau menyeru agar masyarakat memberi sokongan kepada pemimpin yang telah memberi pertolongan kepada rakyat. Beliau juga mengingatkan orang ramai agar menjaga hubungan baik dengan jiran dan juga saudara yang sama-sama beriman. Di samping itu, beliau juga berpesan agar masyarakat tidak sesekali berhasad dengki di antara satu sama lain kerana sifat tersebut amat dilarang di sisi agama. Tambahan pula, beliau juga menyeru orang ramai agar menuntut Ilmu Munafaat seperti ilmu tauhid, Al- Quran dan hadis serta tidak mengamalkan ilmu yang mudarat seperti ilmu sihir.