Friday, May 28, 2010
Majlis Pemimpin bersama Penerima Bantuan JKM
PULAU DUYONG - 25 MEI Satu majlis penyampaian bantuan kepada penerima bantuan JKM telah diadakan di Dewan Sivik Pulau Duyong yang bermula pada jam 9 pagi.
Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Ismail bin Nik selaku Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Turut hadir pengerusi JKKK Peti Undi Pulau-Pulau.
Tuan Haji Ismail bin Nik dalam ucapan menyatakan rakyat harus bersyukur di atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) salah satu jabatan yang memberi kemudahan bantuan untuk rakyat termasuk MAIDAM. Penerima bantuan perlu ingat bahawa kerajaan Barisan Nasional telah banyak memberi bantuan dan menjaga kebajikan rakyat.
Bantuan disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik dan diiringi oleh Encik Mohd Fauzi bin Abdul Fatah,Penolong Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)