Monday, April 12, 2010
Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”
11 April – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu 1431H/2010 M yang bertemakan “ Wahdah Pemangkin Khaira Ummah” telah berlangsung di perkarangan masjid Wakaf Tembesu, Mukim Kuala Nerus. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Y.Bhg Tuan Haji Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajjah Salbi binti Abdul Aziz.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Seramai 4 orang qari dan 4 orang qariah telah bertanding dalam majlis tersebut.
Johan Qari telah dimenangi oleh Encik Ahmad Tarmizi Bin Abd Rahman, peserta dari Kampung Gong Kijang dengan jumlah markah adalah 80.0 %. Manakala Johan Qariah pula dimenangi oleh Cik Nor Jannah Bt Abd Rahman peserta dari Kampung Teluk Ketapang iaitu dengan jumlah markah sebanyak 71.0%. Masing-masing membawa pulang piala beserta wang tunai berjumlah RM 2,000.00.
Naib johan bagi kategori Qari telah dimenangi oleh Mohd Kamaruzaman Bin Daud peserta dari Bandaraya Kuala Terengganu dengan jumlah markah 77.0%. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000.00. Manakala, tempat ketiga pula telah dimenangi oleh Encik Mohd Rifin Bin Sulong peserta dari Kampung Gelugor Kedai. Beliau memperolehi jumlah markah sebanyak 73.5% dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM800.00. Peserta dari Kampung Pasir, Tepoh iaitu Encik Adnan Bin Yunuh pula memenangi tempat keempat dengan membawa wang tunai berjumlah RM400.00.
Bagi kategori Qariah pula, tempat kedua telah dimenangi oleh Puan Fatimah Bt Embong, peserta dari Kampung Paya Terung, Tebauk. Beliau memperolehi jumlah markah sebanyak 70.5% dan turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000.00. Mankala, peserta tempat ketiga telah dimenangi oleh Puan Rogayah Bt Mohamad dari Kampung Tualang, Manir. Beliau memperolehi markah berjumlah 69.5% dan wang tunai sebanyak RM800.00. Manakala, Puan Hajah Zaiton Bt Haji Mohd Zin iaitu peserta dari Kampung Pasir Panjang pula memenangi tempat keempat. Beliau membawa wang tunai berjumlah RM400.00.
Saturday, April 10, 2010
220 Orang Menyertai Pertandingan Wau
BUKIT TUNGGAL, 9 April – Pertandingan wau bulan naik tertutup peringkat Cawangan Bukit Kandis dengan kerjasama JKKK Bukit Tunggal dan Bukit Kandis telah diadakan di padang Kampung Seberang Baroh, Bukit Tunggal.
Pertandingan yang diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri, Puan Hajah Salbi bt Abd Aziz.
Pertandingan wau bulan naik telah mengambil masa pertandingan selama dua hari. Sebanyak 220 orang peserta telah memasuki dalam pertandingan tersebut. Seramai 12 orang pengadil telah bertugas pada hari tersebut.
Johan telah dimenangi oleh Encik Shabirun Bin Din dari Kampung Bukit Tunggal. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00. Manakala hadiah tempat kedua dan tempat ketiga pula berjumlah RM100.00 dan RM80.00.
Wednesday, April 7, 2010
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LKPI CAW KUALA NERUS KALI KE 17
KUALA NERUS, 7 April- Mesyuarat Agung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Cawangan Kuala Nerus kali ke-17 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal bertempat di Dewan LKPI Cawangan Kuala Nerus, Kampung Teluk Ketapang.
Beliau hadir bersama isteri, Puan Hajah Salbi Bt Abd Aziz, tiba di perkarangan majlis kira-kira jam 3.15 minit petang.
Turut hadir ialah Pengerusi LKPI Negeri Terengganu, Puan Hajah Ainun Jamilah, Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus, Puan Hajah Salmah Bt Yusof dan Naib Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Wok. Majlis dihadiri juga oleh ahli-ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam yang merupakan peserta-peserta dari Kampung Teluk Ketapang, Kampung Banggol Pauh, Kampung Bukit Tunggal dan kawasan sekitar di Kuala Nerus.
Pengerusi LKPI Negeri Terengganu, Puan Hajah Ainun Jamilah mengucapkan tahniah kepada Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus, Puan Hajah Salmah Bt Yusof di atas kejayaan mengadakan program-program seperti Majlis Bacaan Yasin, Qiamullail, Sambutan Hari Raya, Kursus Perkahwinan, Majlis Bertindik dan Berkhatan Peringkat Cawangan Kuala Nerus sepanjang tahun 2009.
Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail Bin Nik menyatakan LKPI adalah sebuah badan sukarela (NGO) yang banyak memberi sumbangan besar dalam program-program kebajikan dan kesukarelaan.
Menurut beliau, empat kategori pesakit kronik yang perlu diberi perhatian khusus oleh badan-badan kebajikan iaitu pesakit jantung berlubang, pesakit terlantar yang tidak dapat membuat sebarang aktiviti kerja, pesakit kanser dan pesakit kronik.
Beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 Juta kepada pesakit-pesakit kronik di bawah peruntukan Tabung Darul Iman.
Beliau yang berjiwa prihatin turut mengingatkan para peserta LKPI agar berkunjung ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN di setiap kawasan masing-masing untuk memohon bantuan kebajikan.
Sunday, April 4, 2010
PENGARAH APMT SERU IBU BAPA UTAMAKAN PENDIDIKAN
BUKIT TUNGGAL-1 April, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Tuan Haji Roshali Bin Taha menasihatkan para ibu bapa agar bersikap positif kepada anak-anak terutamanya dalam bidang pendidikan agar mereka maju dalam pelajaran.
Beliau berucap ketika menghadiri majlis Program Jalinan Mesra PIBG Bersama Komuniti Dan Cakna Waris OTI 1 2010 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru sekolah tersebut atas kejayaan pencapaian pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 kerana berjaya mencatat kecemerlangan dalam UPSR. Seramai 25 orang pelajar telah berjaya memperolehi 5A.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Sabri dan Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Afillah Bin Mohd, Penolong Kanan sekolah, Puan Hajah Azha Rohana telah mengumumkan bahawa Gred Purata Sekolah (GPS) bagi sekolah tersebut adalah sebanyak 2.80%.
Pada tahun ini, pihak sekolah telah mensasarkan 40 orang pelajar UPSR yang akan memperolehi 5A dalam peperiksaan.
Pengarah APMT menyeru para pelajar dan ibu bapa selalu menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kemajuan pelajar dalam pelajaran.
Pada masa yang sama, beliau juga turut mengingatkan para ibu bapa perlu mengatur strategi pendidikan dan perancangan pembelajaran mengikut tahap kemampuan anak-anak memandangkan setiap anak-anak mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza.
Selain penglibatan ibu bapa dalam menentukan kejayaan pembelajaran anak-anak, beliau juga berharap agar pihak sekolah meneruskan setiap program yang telah dijalankan demi memastikan kejayaan pelajar terus membangun seiringan dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri Anjung IImu.
Beliau menyatakan Negeri Terengganu telah menjadi juara keseluruhan dalam pencapaian kecemerlangan UPSR selama sembilan tahun berturut-turut.
Keprihatinan pihak kerajaan dalam memperkenalkan penggunaan e-book di kalangan pelajar tahun 5 dan 6 telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kerajaan negeri telah memperuntukkan hampir RM 50juta dalam pemberian e-book di kalangan pelajar sekolah tahun 5 di negeri ini.
Saturday, April 3, 2010
Program Duduk Bersila
BUKIT TUNGGAL - 30 Mac - Program duduk bersila iaitu dengan membaca tahlil dan yasin anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah diadakan di Kampung Bukit Kandis.
Program ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 70 orang masyarakat sekampung.
Majlis ini turut dihadiri oleh isteri kepada Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Puan Hajah Salbi binti Abdul Aziz, Pengerusi JKKK Bukit Kandis Cikgu Abdul Rahman bin Mohamad dan penceramah iaitu Ustaz Abdul Rahman bin Salleh yang juga merupakan Pengerusi JKKK Gong Kijang.
Tuan rumah, Puan Jara binti Chik meluahkan rasa terharu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan mengadakan majlis untuk suaminya Wan Yahya yang sedang sakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)