TIME

Anda Pelawat Ke

Sunday, December 26, 2010

SUKAN RAKYAT DUN BUKIT TUNGGAL 2010




Koyak dan kukur kelapa bagi acara berpasangan

Isi air dalam botol kategori kanak-kanak
Teropoh Gergasi kategori Puteri
Johan acara tiup belon sampai pecah
Congkak wanita
Lari dalam guni kategori wanita
Baling tin kategori veteran


Bukit Tunggal,24 Dis 2010 - Pihak Penyelaras DUN Bukit Tunggal bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu menganjurkan program Sukan Rakyat DUN 2010 bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal pada tarikh ini.

Pendaftaran peserta bermula jam 7.30 pagi. Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kira-kira lebih 1000 orang menghadiri program ini. Setiap acara pertandingan adalah mengikut peti undi iaitu Batu Enam, Pengkalan Arang, Bukit Tumbuh, Bukit Tunggal A, Bukit Tunggal B, Pulau-pulau A dan Pulau-pulau B.

Sebanyak 34 acara dipertandingkan adalah mengikut beberapa kategori iaitu veteran, pemuda, wanita, puteri, berpasangan, kanak-kanak dan tadika. Acara untuk kategori iaitu susun tin, golek buah nyor, lari dalam guni dan lastik tin. Untuk wanita, acara kukur kelapa, teropoh gergasi, emak cari anak, cucuk benang dalam jarum, congkak dan lari dalam guni. Bagi kategori puteri, ada 6 acara iaitu kukur kelapa, teropoh gergasi, belon air, cucuk benang dalam jarum, congkak dan lari dalam guni. Empat acara kategori pemuda iaitu teropoh gergasi, lastik tin, kaki hantu dan belon air. Acara untuk kanak-kanak turut diadakan seperti berebut kerusi,tiup belon, bawa bola ping pong dalam sudu, makan biskut dan isi air dalam botol. Acara mewarna, berebut kerusi dan isi air dalam botol untuk tadika. Bagi acara berpasangan iaitu sambut belon air dan koyok dan kukur nyor. Terdapat 3 acara bagi kategori terbuka iaitu tarik tali, bola beracun dan futsal kain.

Pada sebelah pagi, Pegawai Pembangunan DUN dan isteri hadir melihat aksi-aksi semangat rakyat yang menyertai acara sukan rakyat.

Permainan sukan rakyat disambung pada jam 2.30 petang bagi memberi laluan peserta menunaikan tanggungjawab sebagai umat islam mengerjakan solat jumaat dan solat zohor.

Tepat jam 5 petang, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat APMT, Encik A. Latif bin Awang tiba menyaksikan perlawanan acara sukan rakyat yang sedang berlangsung.

Acara terakhir tarik tali kategori terbuka lelaki dan wanita menutup tirai sukan rakyat DUN pada jam 6 petang.

Pada jam 6 petang, majlis ucapan sukan rakyat dimulakan dan dipengerusikan oleh Pegawai Penyelia Parlimen APMT iaitu En Afillah bin Mohd.

Ucapan kata alu-aluan dimulakan oleh Penolong Pengarah APMT, En Latif bin Awang mewakili Pengarah APMT, Y.Bhg Tuan Haji Roshali bin Taha. Dalam ucapan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan mengadakan program sukan rakyat yang cukup meriah. Beliau rasa teruja dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan antara penyelaras DUN, sayap-sayap UMNO dengan APMT.

Majlis sukan rakyat selamat dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik pada jam 6.45 petang. Dalam ucapan perasmian, beliau merasa sungguh bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta dari semua peti undi. Beliau mengatakan tidak mustahil jika Bukit Tunggal akan dapat dimiliki semula berdasarkan sikap kesatuan jiwa dalam kesukanan pada hari itu. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak APMT atas peruntukkan yang diberikan dan mengumumkan acara sukan rakyat akan dijadikan program tahunan.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut acara dimulakan sebaik sahaja perasmian selesai.



Saturday, December 18, 2010

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI




12 Dis 2010 - Satu majlis penyerahan kunci kepada peniaga di tapak berniaga Pekan Batu Enam bermula jam 2.30 petang. Majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Y. B Dato' Haji Mohd Nasir bin tan Sri Ibrahim Fikri. Turut hadir, isteri Ahli Parlimen dan isteri PPD, ketua cawangan, jawatankuasa peniaga Batu Enam, JKKK dan Pemuda.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AM 2010



13 Dis 2010 - Majlis penyerahan bantuan am diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal pada jam 10 pagi. Bantuan am disampaikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik.

PROGRAM HIMPUNAN REMAJA MERIAH

Wednesday, December 15, 2010

MAJLIS BERPRESTIJ MALAM ANUGERAH APMT TAHUN 2010

PENGHARGAAN...Ucapan alu-aluan mesra dari Pengarah APMT
LANCAR...Detik Perasmian Logo dan Lagu APMT
BERSALAM... PPD, Tuan Haji Ismail Nik hadir menyerikan lagi majlis
MANTAP... Pasukan Koir APMT

Anugerah Inovatif
BERGAMBAR KENANGAN... pemenang anugerah APMT bersama peneraju utama APMT

Friday, December 10, 2010

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI




BUKIT TUNGGAL, 10 DIS 2010 - Pada tarikh ini, satu Majlis Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Dewan Sivik Bukit Tunggal bermula jam 8 pagi. Program ini dianjurkan oleh Penyelaras DUN Bukit Tunggal dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat pada hari tersebut iaitu Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus merangkap Ahli Parlimen, Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri bersama isteri Y. Bhg To' Puan Hajah Sabariah bt Datuk Haji Mohd Yusof, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi binti Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Y.Bhg Tuan Haji Shamsuddin bin Sulong.

Turut hadir, ketua-ketua cawangan, pengerusi JKKK, Pemuda, Wanita, Puteri, staf APMT dan ibu bapa peserta serta penduduk yang tinggal berhampiran.

Seramai 50 orang peserta DUN Bukit Tunggal diraikan pada majlis berkhatan beramai-ramai di Dewan Sivik Bukit Tunggal.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Pengarah APMT kerana sudi hadir dan memberi sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana di atas sambutan penyertaan yang menggalakkan. Beliau juga memaklumkan majlis ini akan selalu diadakan setiap tahun dan ia akan dijadikan acara tahunan di DUN Bukit Tunggal.

Timbalan Pengarah APMT menyarankan perbanyakkan program untuk menyemarakkan semangat kerjasama antara semua pihak demi perjuangan agama, bangsa dan negara. Dalam ucapan beliau lagi, rakyat harus sedar bahawa kerajaan negeri sangat cakna dan prihatin terhadap masalah rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan dari bermula kelahiran hingga berakhir kehidupan.

Majlis seterusnya dirasmikan oleh Ahli Parlimen pada jam 11.00 pagi. Dalam ucapan, beliau meminta semua ketua-ketua cawangan,pengerusi-pengerusi JKKK, ketua-ketua wanita, ketua-ketua puteri dan ketua-ketua pemuda sentiasa memberi kerjasama dalam setiap program yang dianjurkan oleh DUN dan Parlimen. Sikap kerjasama amat perlu dititikberatkan kerana dengan adanya sikap ini dapat mengukuhkan lagi parti UMNO dikalangan pemimpin-pemimpin setempat.

Di penghujung ucapan, beliau melahirkan rasa gembira dan berharap program-program seperti ini diadakan pada setiap tahun kerana ia dapat memupuk semangat kerjasama antara pemimpin dan rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program majlis berkhatan.

Selesai majlis perasmian, pemimpin diberi penghargaan menyuap pulut kuning kepada semua peserta-peserta. Peserta-peserta dibawa berarak ke balairaya Tebauk dengan diiringi 2 pasukan Marhaban wanita dari Kg. Bukit Kandis dan Kg. Tebauk.

Majlis bersurai dengan jamuan makan tengahari kepada semua yang hadir. Sambutan majlis berkhatan pada kali ini sangat meriah.


MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG SILAT



BATU ENAM- 7 DIS 2010 - Majlis Perasmian Gelanggang Silat anjuran Persatuan Seni Silat Gerak Keramat ( PSSGK ) telah diadakan bertempat di Kampung Batu Enam berdekatan pasar Pekan Batu Enam baru-baru ini.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik selamat tiba di lokasi pada jam 11 pagi. Turut hadir Datuk Seri Paduka Ayahanda Jaafar ( Presiden Pewaris Malaysia merangkap Presiden PSSGK Malaysia ), Datuk Paduka Ayahanda Ariffin bin Abu Bakar ( Presiden Epanco Malaysia ), En Arman ( Ketua Wira Perkasa), Ayahanda Ibrahim ( Pewaris Kawasan Kuala Nerus ), Pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua cawangan dan APMT.

Pegawai Pembangunan DUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan PEWARIS kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan gelanggang silat. Beliau juga mengingatkan orang melayu perlu bangkit bagi mempertahankan hak org melayu dan bersatu dalam menangkis dakwah pihak zionis dan individu-individu yg cuba memecahbelahkan orang melayu dan memganggu hak keistimewaan org melayu.

Beliau juga mengingatkan pertubuhan-pertubuhan NGO perlu memainkan peranan penting agar member sokongan yg jitu kepada kerajaan yg memerintah dlm usaha mempertahankan hak keistimewaan orang melayu daripada diganggugugat oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik.Tuan Haji Ismail juga mengalu-alukan segala bentuk sokongan, pendapat dan bantuan dari NGO-NGO. Tuan Haji Ismail juga meluluskan bantuan pengurus kepada persatuan ini sebanyak RM1000.00.

Tuesday, December 7, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR( PEMBUATAN BAJA COMPOS




BATU ENAM, 3 DISEMBER - Program Rakan Alam Sekitar dan Demonstrasi Pembuatan Baja anjuran Parlimen Kuala Nerus bersama Jabatan Alam Sekitar diadakan di Pekan Batu Enam.

Turut hadir Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal Tuan Haji Apli bin Yusof Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus , Ahli Jawatankuasa UMNO BahagianKuala Nerus, Pengerusi- pengerusi JKKK, Ketua Cawangan, Pemuda, Puteri dan Wanita dan penduduk setempat seramai 200 orang. Sebanyak 100 bungkusan cenderahati diberikan kepada 100 orang tetamu yang terawal datang ke program ini.

Sementara menunggu ketibaan Ahli parlimen, tetamu yang hadir diberi pendedahan cara pembuatan baja kompos.

Majlis perasmian selamat disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri pada jam 11.30 pagi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terbabit dalam menjayakan program ini .Beliau juga mengingatkan orang ramai agar mengambil maafaat dan ilmu yang didedahkan oleh pakar pembuatan baja dan mengaplikasikan ilmu tersebut di rumah masing-masing. Program kitar semula ini banyak memberi maafaat kepada masyarakat sekeliling.

Beliau juga mengingatkan pertubuhan-pertubuhan NGO juga perlu memainkan peranan penting agar memberi sokongan yg jitu kepada kerajaan yg memerintah dalam usaha kerajaan memjaga alam sekitar daripada tercemar.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan tetamu yang hadir menikmati jamuan bersama pemimpin.


Monday, December 6, 2010

MAJLIS PERASMIAN SURAU WAN YUSOF


KG BUKIT TUNGGAL,04 DIS - Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal, Yang Berbahagia Tn.Haji Ismail bin Nik hadir meluangkan masa untuk merasmikan surau Wan Yusof ( Surau baru ) tepat jam 11.40 pagi hasil kerjasama antara jawatan kuasa surau, JKKK,ketua cawangan dan jawatan kuasa wanita cawangan.

Dalam ucapan PPD, beliau mengucapkan setinggi penghargaan atas kehadiran penduduk setempat walaupun cuaca hujan ketika itu sangat lebat untuk sama-sama meraikan majlis ini. Beliau juga amat gembira dengan pembinaan surau dan mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga tuan tanah kerana memberi kebenaran mendirikan surau tersebut diatas tanah mereka. Budi mereka hanya Allah jua yang membalasnya. Beliau juga berharap banyak program kemasyarakatan diadakan di kawasan ini dari semasa ke semasa.

Beliau mencadangkan pada pihak kontraktor agarberjumpa dengan Do Pejabat Tanah untuk memohon kebenaran tanah bagi pembesaran surau tersebut. Dengan adanya surau ini ianya member kemudahan dan keselesaan penduduk sekitar Bukit Tunggal.

Majlis bersurai pukul 12.30 tengahari dan disediakan makan tengahari untuk semua tetamu yang hadir.

Saturday, December 4, 2010

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL BUKIT TOK RIS



BUKIT TOK RIS - 03 DISEMBER - Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal,Tn Haji Ismail bin Nik telah meluangkan masa untuk merasmikan Gelanggang Futsal Serbaguna dengan kerjasama PEMUDA, PUTERI, WANITA UMNO dan semua Pengerusi JKKK dan Ketua Cawanagan dalam DUN Bukit Tunggal. Majlis tersebut turut dihadiri agensi bukan kerajaan yang lain seperti Persatuan BELIA dan Kelab Motor Kuala Nerus. Pihak tuan rumah juga telah menganjurkan kejohanan futsal sempena perasmian tersebut dan disertai oleh 26 pasukan yang terdiri dari cawangan dalam DUN Bukit Tunggal.

Dalam ucapan YB Ahli Parlimen Kuala Nerus, beliau amat gembira dengan adanya banyak gelanggang futsal yang dibina dalam DUN Bukit Tunggal dan berpesan kepada pemuda dan belia-belia DUN agar memantapkan lagi jentera pilihanraya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) agar segala kemudahan dan peruntukan yang akan diberikan oleh kerajaan akan dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya. Beliau juga memaklumkan untuk menyediakan lebih banyak gelanggang futsal bagi kegunaan masyarakat dan seboleh-bolehnya membina satu gelanggang futsal untuk satu peti undi di dalam setiap Dewan Undangan Negeri.

Beliau berpesan kepada semua hadirin agar dapat berfikir dengan wajar dalam membuat keputusan dalam membuang undi dan tidak sewenang-wenangnya memberi undi kepada pembangkang kerana ia amat merugikan parti dan menyukarkan kerajaaan untuk membela rakyat.

Majlis tersebut turut dihadiri wakil BELIA 4B Negeri Terengganu, En Jaafar, Ketua PEMUDA UMNO Bahagian Kuala Nerus, sdr. Haji Apli bin Yusof, AJK Bahagian Kuala Nerus dan lebih kurang 300 orang penduduk setempat.

Majlis telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pasukan futsal yang bertanding yang dimenangi oleh pasukan dari Cawangan Pulau Ketam.

Wednesday, November 24, 2010

PROGRAM GERAK SEPADU CAKNA KOMUNITI



BUKIT TUNGGAL, 20 NOVEMBER 2010 – Program Gerak Sepadu Cakna Komuniti telah diadakan bertempat di Balairaya Kampung Bukit Tok Ris dianjurkan oleh JKKK Kampung Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal, Bukit Kandis, Bukit Datu, Taman Perumahan Bukit Tunggal dan Taman Perumahan Bukit Datu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu DUN Bukit Tunggal dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Program ini dihadiri tetamu khas iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz dan 300 orang penduduk kawasan tersebut yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam masa yang sama, masyarakat yang hadir dapat membuat pemeriksaan secara percuma dan melihat pameran berkenaan dadah sebagai menambah pengetahun dan pendedahan tentang bahaya dan kesan pengambilan dadah.

Ceramah dimulakan oleh Ashaari bin Khatib Ali iaitu. Beliau banyak menyentuh isu gegala sosial yang kerap berlaku sekarang seperti dadah, buang anak dan rempit. Dan juga berkongsi pengalaman kaedah dalam memberi didikan kepada anak-anak yang cemerlang.

Acara disusuli dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Ismail bin Nik. Dalam ucapan, beliau menasihati ibubapa memberi didikan dan perhatian yang lebih kepada anak-anak sejak kecil lagi agar dapat menangani masalah gejala sosial yang kian berleluasa bak kata pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Program bermakna ini berakhir pada jam 6.00 petang. Pihak APMT turut memberi sumbangan dan menyampaikan cenderahati berupa gula dan susu kepada setiap peserta yang hadir. Rata-rata tetamu yang hadir gembira dengan program yang diadakan.

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat dan mewujudkan amalan ramah mesra diantara satu sama lain.

Sunday, November 14, 2010

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 SKBT

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2010

PROGRAM :

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2010

TARIKH : 14 November 2010 (Ahad)

TEMPAT : Sek Rendah Kebangsaan Bukit Tumbuh

PERASMIAN & PENYAMPAIAN:

YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri

Ahli Parlimen Kuala Nerus

TUTUT HADIR :

- Y Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik (PP DUN Bukit Tunggal)

UCAPAN :

- Tahniah kepada pelajar 5A Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tumbuh iaitu seramai 18 orang. Syabas kepada kerajaan negeri Terengganu kerana telah dapat mengekalkan kedudukan kecemerlangan UPSR selama 10 tahun berturut-turut. Ini adalah dorongan dan kesungguhan guru-guru dalam mendidik pelajar supaya mencapai skor 5A seramai mungkin. Dalam mendidik, kita tidak boleh bergantung harap kepada sekolah sahaja, para ibu bapa juga perlu memberi sokongan dan keprihatinan kepada anak dalam mencapai 5A.

Saturday, November 13, 2010

HARI SUKAN APMT



MAJLIS ANUGERAH KELUARGA MITHALI







PULAU DUYONG, 13 NOVEMBER - Majlis Anugerah Keluarga Mithali “ 1 Keluarga, 1 Kegemilangan” telah diadakan bertempat di Dewan Cindai Riyaz Heritage Bay, Pulau Duyong yang dianjurkan oleh Parlimen Kuala Nerus.

Antara tetamu yang turur hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu Y.B Dato Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Turut mengiringi beliau ialah isteri, To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof.

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz dan Y.B Ustaz Haji Ramli bin Mohamad Noh ADUN Tepoh.

Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8.30 malam dimulakan dengan acara makan malam sambil dihidangkan persembahan marhaban.

Acara disusuli dengan ucapan perasmian oleh Y.B Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Beliau menegaskan ibu bapa memainkan peranan penting memberi sokongan padu dalam proses mendidik anak mereka agar dapat mewujudkan generasi yang baik dan berkualiti. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan negeri Terengganu dapat mengekalkan rekod kedudukan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR selama 10 tahun berturut-turut. Saranan YB Dato’kepada kerajaan adalah memperkasakan bahasa jawi sebagai subjek efektif agar subjek ini dapat diikuti generasi muda dan tidak dilupakan oleh dek perarusan zaman.

Program ini melibatkan 3 buah DUN iaitu Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepoh. Anugerah yang diraih oleh peserta dari DUN Bukit Tunggal iaitu 3 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. Manakala DUN Teluk Pasu memenangi 5 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. DUN Tepoh terdiri dari 5 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. Kategori cemerlang mendapat sijil bersama wang tunai RM 300.00, keluarga gemilang mendapat sijil bersama wang tunai RM 500.00 dan keluarga terbilang mendapat sijil bersama wang tunai RM 1000.00.

Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu Bukit Tunggal turut tidak ketinggalan menghargai atas kemenangan peserta dengan menghadiahkan 7 hamper kepada keluarga yang terpilih yang datangnya dari kawasan DUN Bukit Tunggal.

Bagi kategori keluarga terbilang DUN Bukit Tunggal dimenangi oleh Tuan Haji Harun bin Abd Ghani yang mempunyai anak seramai 14 orang, DUN Teluk Pasu dimenangi oleh Encik Mohamad bin Omar mempunyai 4 orang anak berkelulusan master di luar Negara dan DUN Tepoh dimenangi oleh Encik Yusof bin Ali dengan bilangan anak seramai 10 orang.